[GAMBAR] Cutenya…Majlis Sambutan Hari Jadi Anak Lisa Surihani, Pilih Tema Haiwan Dinosaur!

Share

Baru-baru ini, pelakon Lisa Surihani telah memuat naik beberapa keping gambar dan video di laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi Lisa, dia dan suaminya, Yusry Abd Halim telah mengadakan sebuah majlis sambutan hari jadi anaknya yang kedua, Yusof Leonne.

“Today was all about you Sonshine. Happy 2nd Birthday Yusof Leonne.”

Majlis sambutan hari jadi yang bertemakan haiwan dinosaur itu disambut dengan sederhana namun tetap kelihatan meriah.

Rata-rata peminat memuji pasangan ini yang kelihatan sangat comel bersama anak-anak.

Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, 4 tahun dan Yusof Leonne, 2 tahun.

Foto : Instagram Lisa Surihani

IKLAN