[GAMBAR] Cantiknya Bila Misha Omar Berhijab Di Majlis Ijab Kabul Adik, Sampai PU Azman Hantar Teks Peribadi Sebab…

Share

Baru-baru ini penyanyi Misha Omar memuat naik foto di laman Instagramnya, tampil ayu mengenakan hijab.

Dia yang berbaju kurung berwarna hitam sedondon tudung kelihatan begitu anggun.

“Percubaan Kak Mitch utk kelihatan seperti Nur dlm drama ramadhan NUR berjaya ketidokkk??? Hahahahhaa!!!

“Terima kasih kepada @khairisufi for this made to measure kurung modern,walaupun kinda last minute kita mintak dia buatkan kita baju, dia tetap perform vroom vrooomn gituuu!! Thanks adikku,!!!,” tulisnya.

Bagaimanapun, Misha kemudiannya menjelaskan dia berpakaian sedemikian untuk majlis ijab kabul adiknya. Menariknya, pendakwah bebas, PU Azman juga turut meninggalkan DM buat penyanyi lagu Sampai Bila itu.

“@pu_azman sampai DM kak mitch,..mekasih tau doakan yg baik2 utk kak mitch!! katanya tak penah tgk kak mitch lawo mcm akak pi majlis ijabkabul adik kak mitch semalam.

“Nahh belanja la gambaq lagi satu…belanja gamba pakai hijab byk2 takpe kot no??? Gambaq petikan kak @boboyjehori pakai henfon baruuuuu…berlagak la tuuuuu!!!!!,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang memuji Misha saat mengenakan hijab malah ada juga mendoakan agar dia akan terbuka hatinya untuk berhijab satu hari nanti.

Pada MH, memang Misha sangat cantik saat mengenakan hijab. Siapa tahu nanti Misha akan istiqomah dengan tampil bertudung pulakan.

Foto/Instagram: Misha Omar

IKLAN