Pelakon versatil, Fasha Sandha mengakui dia rasa agak sedih apabila bakal meninggalkan status sebagai ibu tunggal dalam tempoh beberapa hari mendatang sebelum disatukan dengan pelakon, Aidil Aziz sebagai suami isteri.
Kata Fasha, mereka yang bergelar janda atau ibu tunggal tidak malu dengan status tersebut kerana baginya, ia adalah lambang kepada kekuatan seorang wanita.
“Meski ramai yang beranggapan yang tidak baik mengenai status janda, tetapi pada saya ia melambangkan kekuatan seorang wanita ibu tunggal.
“Alhamdulillah saya berjaya menggalas tugas sebagai ibu tunggal dengan baik dan saya bersedia ‘meninggalkan’ status tersebut.
“Pada saya gelaran tersebut tidak perlu rasa malu pun, sebab itu melambangkan kita kuat. Ini ditujukan kepada yang berdikarilah, kalau yang suka raih simpati dengan gelaran tersebut..ia lainlah.
Saya seorang yang kuat bekerja dan tidak kisah dengan kepenatan asalkan saya berdikari dan mencari duit sendiri,” katanya kepada MH.
Ads
Fasha ditemui media pada majlis berinai yang dilakukan dengan meriah di TheLove, Matic, Kuala Lumpur. Mengenakan pakaian serba ungu dalam tema Melayu Klasik, Fasha turut ditemani tunang tersayang.
Diminta berkongsi mengenai majlis berinainya, pelakon berusia 35 tahun itu memanjatkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah harap semuanya selesa dan saya minta maaf kalau ada yang terkurang. Pada awalnya saya rancang ia secara kecilan sahaja tetapi tidak sangka, mereka yang mahu meraikan kami dalam majlis serba meriah ini menjadikan ia kelihatan besar.
“Mungkin kerana ini pertama kali saya melakukan majlis berinai jadi, ramai yang mahu datang. Alhamdulillah,” terang Fasha.
Ads
Bagaimanapun, ditanya mengenai persiapan perkahwinan pelakon Teratai Kemboja ini mengakui persiapan yang dilakukan masih belum siap sepenuhnya atas beberapa sebab.
“Sebenarnya banyak lagi yang belum siap. Belum lagi 80 peratus. Sebab saya ni jenis yang suka buat sendiri. Jadi bila orang yang buat tu, saya risau ada benda yang tertinggal,” katanya.
Ketika diajukan persoalan tarikh nikahnya, Fasha masih belum sedia untuk memberitahu. Jawabnya;
“InsyaAllah kalau tiada apa-apa aral, dalam hujung bulan ini. Bukan saya tak mahu dedahkan tarikh nikah, tapi kami ambil pendirian kalau nikah itu sudah sah, baru akan beritahu semua.
Ads
“Kita tidak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Akan tetapi kalau diikutkan perancangan memang akhir bulan ini,” ulas Fasha jujur.
Pada masa sama, pasangan yang merancang untuk berbulan madu di Langkawi andai sudah sah bergelar suami isteri ini juga turut memaklumkan setakat ini mereka masih belum merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur.
“Ramai juga pihak yang mahu menaja andai saya ingin melakukan majlis resepsi di Kuala Lumpur. Bagaimanapun biarlah setakat ini kami buat ikut syarat, secara sederhana sahaja,” akhiri Fasha sambil diakui Aidil.
Ini dia sedutan sekitar majlis berinai pasangan sama cantik sama padan ini yang telah dikongsikan di FB Media Hiburan. Enjoy!
#MHLive MH berada di majlis berinai Fasha Sandha. Tahniah girl!
Selepas tiga hari, akhirnya pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz buka mulut terhadap apa yang berlaku. Di fahamkan, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sayang Sayang itu ada melakukan sesi live di Instagram.
Malah, dia turut memuat naik beberapa posting di Insta Stories sejurus melakukan sesi live.
Menerusi salah satu status tersebut, Aliff antara lain merakamkan ucapan terima kasih kepada yang menonton dan turut meminta maaf terhadap apa yang berlaku.
“Saya mohon maaf kepada semua untuk kekhilafan kali ini walaupun saya tahu tidak mampu mengubah apa-apa,” tulisnya.
Malah pada masa sama, Aliff turut meminta netizen supaya jangan mudah untuk menghakimi mesti seseorang itu melakukan kesilapan sama beberapa kali.
“Jangan mudah untuk kata yang seseorang tu buat salah lebih dari sekali atau dua kali atau berkali-kali bererti seseorang itu tidak boleh berubah atau dia adalah orang yang jahat,” antara yang dikongsinya.
Terdahulu, isterinya, Bella Astillah ada memuat naik perbualanbya bersama seorang pengguna media sosial yang memaklumkan suaminya ada berkunjung ke sebuah kelab malam yang turut disertai seorang pelakon wanita.
Foto: Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih Allah s.w.t dengan izinMu lahirnya insan comel ini 31 tahun yg lepas, yg hari ini dengan izinMu bergelar Isteri & Mummy kepada anak2ku..
“Mohon doakan segala kebaikan buat Suhaiza Binti Suhaimi ye sahabat2ku semua…Semoga Allah s.w.t merahmati & melindungi dirinya utk terus berbakti buat dirinya,ibubapanya,suaminya,anak2nya dan keluarga tersayang disekelilingnya…
“And deep from the bottom of my sincere heart..semoga Allah s.w.t limpahkan segala kasih sayang,rahmat,perlindungan & kebaikan sempena Ulangtahun kelahiran Masihi sayang pada hari ini…ampun maaf dari Abang andai ada salah & khilaf sepanjang menjadi Imam dalam membimbing sayang ke Jannah..terima kasih menerima diri ini seadanya sepanjang menjagamu sayangku,” tulis Norman.
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mengucapkan selamat berbahagia buat bekas kekasihnya, Nelydia Senrose yang bakal mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan, tidak lama lagi.
Qi juga bersyukur buat bintang berkenaan kerana dipertemukan dengan lelaki yang boleh membimbingnya.
“Alhamdulillah saya bahagia dia bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membimbingnya dan dipertemukan dengan lelaki yang baik.
“Semoga awak berbahagia dan semoga semua yang diimpikan akan dijumpai dalam perkahwinan nanti,” katanya.
Pada masa sama, pelakon Anak Jantan ini turut mendoakan yang terbaik buat Nely. Qi ditemui media pada majlis pelancaran single baru Aina Abdul di Majapahit, Mont Kiara.
“Saya mendoakan yang terbaik untuk awak, tahniah. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” akhiri Qi yang turut berdoa agar perkahwinan pelakon berkenaan dipermudahkan.
Qi yang juga anggota kumpulan OAG, pernah menjalinkan hubungan dengan Nelydia sebelum putus sekitar Ogos 2015.
Sementara Nelydia menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan, Hafez dan dikatakan bakal berkahwin dalam tempoh terdekat.
Qi pula kini sedang bercinta dengan pengacara HLive! yang juga model, Nia Atasha Rosli.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...