Baru-baru ini, hero drama rantaian Nur, Syafiq Kyle ada memberitahu dia bakal mengagihkan lebih 5000 kad raya eksklusif darinya buat semua para peminat seluruh Malaysia.

Mengakui pada peringkat awal aktor berusia 26 tahun ini menganggap proses menghasilkan kad raya berkenaan adalah sesuatu yang melecehkan, namun akhirnya dia mendapati inesiatif ini merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Malah sesi penggambaran bersama kad raya dan baju keluaran jenamanya itu turut diadakan bagi merasai kehangan Aidilfitri yang bakal disambut.

IKLAN

[GAMBAR] Bila Syafiq Kyle Posing Dengan Kad Raya Eksklusifnya…

IKLAN

Pada masa sama, Syafiq turut menambah, agihan kad raya ini adalah suatu simbol kepada kesinambungan tradisi Melayu sejak sekian lama bila Syawal bakal tiba.

IKLAN

“Mahu kembalikan nostalgia selain sebagai suatu penghargaan kepada para peminat,”katanya.

Sementara itu, kad raya yang turut disertakan dengan pantun dan tandatangan daripada bintang berkenaan sudah pun diagihkan kepada rakan media dan peminat secara berperingkat bermula semalam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI