[GAMBAR] Berkawan Sudah 8 Tahun, Akhirnya Instafamous Ini Sah Jadi Suami Isteri, Jodoh Rahsia Allah

Share

“Jodoh itu urusan Allah.” Itu yang sering diperkatakan ramai apabila berbicara mengenai kisah cinta.

Begitulah situasi yang dialami Instafamous, Yasmin Redzuan apabila dia akhirnya membina mahligai bersama rakan baik sendiri, Azizi Adil.

Jelas Yasmin, dia mengenali Azizi sejak lapan tahun lalu.

“Alhamdulilah ya Rabb. Unexpected surprise dari tuhan yg dibungkus kemas 8 tahun. We were best friends since 8 years ago, and now we’re ultimate soulmate; husband and wife.

“I was clueless and helpless but Allah jawab all of my doa satu-satu dengan smart. The best decision I’ve made without hesitation, including Him along the way makes everything clearer. MashaAllah, I’m still amazed.

“Salam geng, cane oki tak? My husband, my upgraded best friend. #AziziYasmin, mission accomplished,” tulisnya. 

Menggunakan hashtag #aziziyasmin, kedua-dua pasangan ini tampak manis dan berseri dengan berlatarbelakangkan pelamin bercorak putih.

 

Difahamkan, Yasmin sebelum ini menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka bernama Aizat selama hampir empat tahun.

Sementara itu, di Twitter Yasmin pula, kisahnya menjadi trending apabila ramai yang menyangkakan Yasmin bakal menamatkan zaman bujang dengan Aizat.

Gambar Kenangan Yasmin & Aizat Ketika Bercinta

Siapa sangka bercinta dengan orang lain, dah berkahwin pula dengan orang lain. Sesungguhnya  jodoh itu rahsia Allah,kan?

Apa-apa pun, kami di MH mengucapkan selamat pengantin baru buat pasangan yang sama cantik, sama padan ini.

Foto : Instgram Yasmin/ Azizi, Twitter Yasmin

IKLAN