Tular di media sosial semalam apabila vokalis kumpulan Seventeen, Ifan telah ditangkap berkhalwat bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Citra Monica di sebuah pangsapuri dipercayai milik wanita berkenaan, minggu lalu.
Citra yang juga merupakan seorang model dan kini memegang status janda sejak 2015, mengikut penjelasannya menerusi sebuah sidang media.
Memiliki lebih 100,000 pengikut di Instagram, wanita cantik ini mengakui sudah lama berpisah dengan bekas suami.
Malah keduanya sedang menantikan keputusan rasmi dari pihak mahkamah.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya, Riefan Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.
Nah ini dia gerangannya, memang cantik!
Foto: Instagram Citra Monica/ Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilihan tema warna untuk baju hari raya sudah menjadi tradisi setiap kali menyambut hari raya aidilfitri.
Sudah menjadi kebiasaan, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan akan memilih lebih dari satu tema warna baju ketika menyambut hari raya aidilfitri.
Rozita atau mesra disapa Che Ta yang sedia sinonim dengan fesyen glamor telah berkongsi beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menyambut syawal menerusi akaun Instagram miliknya.
Wow! Cantik-cantik belaka pilihan warna yang dipilih oleh Che Ta untuk raya aidilfitri tahun ini. Sudah semestinya keluarga Che Ta nampak bergaya dan eksklusif.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Datuk A.Aida, 49, yang baru sahaja mengumumkan sudah pun bercerai talak satu dengan pelakon Ariff Aziz, 30, yang dikahwininya kira-kira 10 bulan lalu mengakui dia tidak boleh menutup mulut masyarakat terhadap pelbagai spekulasi yang timbul selepas mengetahui status terkininya.
“Bagi saya kita tak boleh menutup mulut masyarakat di luar sana. Cuma saya nak tekankan di sini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah.
“Siapa yang kahwin nak cerai-berai. Semua nak kahwin hingga ke jannah. Tapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana,” kongsi Aida menerusi sidang media.
Ditanya mengenai apakah pandangannya terhadap perhubungan dengan lelaki yang jauh lebih muda berbanding wanita, A. Aida mempunyai pendapatnya sendiri.
Katanya kematangan bukanlah bergantung kepada usia seseorang semata-mata.
“Mungkin ya dan mungkin tidak. Ada kenalan saya yang berkahwin dengan lelaki yang 12 tahun lebih muda daripadanya. Akan tetapi bahagia sampai sekarang.
“Bagi saya kematangan itu bukanlah bergantung kepada umur. Ada okay dan sebaliknya,” kongsi Aida lagi.
Mengulas mengenai pertanyaan pihak media sama ada mungkin keduanya ada harapan untuk rujuk kembali, ini jawabnya;
“Taklah kot, takde dah,” katanya ringkas.
Ikuti temu bual penuh bersama wanita kuat ini menerusi FB Live MH;
MH kini berada di sidang media tergempar Datuk A. Aida, umum cerai
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya