Sementara itu, di ruangan komen, netizen turut gembira melihat Intan liburan bersama rakannya.
Ads
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang dilahirkan 29 Jun lalu.
Foto : Instagram Intan Liana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah prolifik, Erma Fatima menyatakan rasa sedihnya apabila segelintir masyarakat memilih untuk menonton teater antarabangsa berbanding teater tempatan.
Perkara tersebut dikongsikan kak kepada pelakon, Datin Seri Umie Aida yang merakam video suasana sekitar Istana Budaya (IB) baru-baru ini bersempena dengan teater muzikal, The Phantom Of The Opera.
Malah, orang ramai ketika itu mengenakan tema suit dan gaun sebelum menonton teater tersebut.
“I DONT WATCH MALAY THEATRE !!!! 😳🙄🙄🙄 Tapi bila teater luar negara berduyun duyun dtg IB. 😅😅😅 Aku dh tau apa uoll akn jawab.!
“Nk tengok teater melayu mcmana kalau hampehh.. teater luar negara sanggup bayar tiket walaupun mahal.. teater melayu? Call merata cari tiket free…lepas tu dah tengok tk hbs2 cari kesalahan..kutuk sana sini..seolah teater melayu tu tlde nilai sama sekali…
“Malam tadi aku berdiri didalam kelompok orang kita yg elite….menonton Phantom of Opera…rasa janggal jgk tgk org Malaysia pakai bukan main lagi macam nk pergi party..siap suit dan gown..hmmm sapa kata org kita tk pandai etika pakaian ketika masuk panggung. Bole pun..tapi,” tulis Erma atau nama penuhnya Fatimah Rahmad.
Selain itu, Erma,51 juga berasa sedih apabila segelintir masyarakat kurang menghargai teater tempatan.
“Didalam rasa bangga aku apabila sebuah karya International berjaya berlabuh di pentas kita,
“Terselit juga rasa sedih apabila org kita sendiri bkn sahaja tdk hargai teater tempatan bahkan etika menonton pun hanya d praktikn dlm teater international ini sahaja,” tulis Erma sambil merakam video sekitar suasana di Istana Budaya.
Terdahulu, Erma pernah mengadakan teater muzikal, Mak Cun pada 2015 di tempat sama yang menampilkan barisan pelakon seperti Datin Seri Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Nora Danish, Balkisyh, Ungku Ismail, Betty Rahmad dan ramai lagi.
Video : Instagram Erma Fatima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Aisyah Aziz ada memuat naik satu rakaman video menerusi di laman media sosial Instagram miliknya.
Dapat dilihat, adik kepada Aliff Aziz itu anggun mengenakan persalinan rona putih.
“aaahhh sis still livin this look!!! all love to the A team cause im always approacing things n feelings the very last minute but my sisters came thru! i love yous. fkn vibe’s goooood dress & styling by yang manes @shahreens i loved spending my day with you cari cari kain.
“lets make more dresses together pleeeease @amyynadiaa done nailed it. worked her magic on my crown n its so sparklin! oouuh dan Art ofcourse painted by stunna @attyusofthanks for always getting me @effahh hahah girl you breezy i love you xxx,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian video dari penyanyi lagu Bila Entah itu menerima kecaman gara-gara mengenakan persalinan yang mendedahkan bahagian belakang badan.
Di samping itu, ada juga peminat yang memuji penyanyi kelahiran Singapura ini kerana kelihatan sangat menawan.
Untuk rekod, Aisyah merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013.
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...