Uncategorized

[GAMBAR] ‘Banyak Sangat Sweet Akan Kurangkan Keberkatan’ – Perbualan Ainan Tasneem & Suami Deep!

Share

Amboi sweet bersemut MH baca perbualan whatsapp penyanyi Ainan Tasneem dan pasangannya sebelum berkahwin.

Melalui perkongsiannya di Insta Stories, Ainan telah membuatkan ramai pengikutnya terutamanya dikalangan remaja ‘buka mata’ tentang isu perkahwinan.

Menurutnya sepanjang perbincangannya bersama suami, Ainan akui agak ‘sentap’ dengan kata-kata jujur dari suaminya.

Namun, setelah memikirkan semula apa yang disampaikan Ainan terus mengkagumi luahan suaminya itu dan menganggap kata-kata suaminya sungguh mendalam.

 

Seperti yang semua tahu, Ainan telah menamatkan zaman bujangnya ketika usia mencecah 25 tahun bersama lelaki pilihan hatinya Ariff awal tahun lalu.

MH akui setiap point yang diberikan oleh suaminya ada kebaikannya. So mungkin sedikit sebanyak apa yang dikongsikan oleh penyanyi ini dapat memberi inspirasi kepada korang semua!

 

 

IKLAN