[GAMBAR] Anak Azhar Sulaiman Terpilih Jadi Ikon Perintis Muda Pengakap Laut, Respek!

Share

Tahniah diucapkan buat anak pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona yang telah menerima Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut bersempena sambutan Hari Pelaut 2019 Peringkat Nasional.

Berita gembira itu dikongsikan Azhar menerusi Intagramnya. 

“Habislah my dotter akan jadi hitam legam lepas nih sebab kelaut sokmo….Congrats Leona!,” tulis Azhar.

 Menerusi posting yang dikongsikan Azhar, anaknnya telah menerima surat daripada pihak berkenaan yang memaklumkan bahawa dia terpilih sebagai Anugerah Ikon Perintis Muda Pengakap Laut.

Azhar turut ditemani isterinya, Chempaka Emalin Pahamin mengahdiri majlis tersebut. 

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di Institut Latihan Pengangkutan Laut, Pelabuhan Klang, Selangor. 

Lalu, netizen turut menitip ucapan tahniah diatas kejayaan Leona.

 Foto : Instagram Azhar Sulaiman 

IKLAN