Gara-gara foto yang dimuat naik personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim di Instagram miliknya awal malam tadi, ramai yang menyangka bahawa figura tersebut sudah pun berbadan dua.
Secara jelas, sepertinya nampak ‘baby bump’ menerusi foto kedua yang dimuat naik dan menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya memberikan ucapan tahniah dan mengharapkan yang baik-baik terhadap Azrinaz.
Bagaimanapun, Azrinaz secara ringkas ada membalas komen, mengatakan ia hanyalah ‘isi makanan’ sahaja.
“Ameen tapi itu isi makanan je tu,” jawabnya.
Ads
Terdahulu, Azrinaz telah pun bergambar bersama Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah dan memuat naiknya di Instagram, sejurus berbincang mengenai kepentingan zakat terhadap umat Islam.
Ads
Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli yang kini sedang fokus terhadap drama rantaian terbaru terbitan syarikatnya, Darkwave Pictures berjudul Syukrgaku Tak Sempurna 2 (STS2) bakal ke tanah suci bagi menunaikan umrah 10 Disember depan.
Turut menyertai rombongannya ke sana ialah ahli keluarga tercinta.
Berkongsi mengenai pemergiannya ke tanah suci dengan lebih lanjut, Rafiena menjelaskan niat untuk menunaikan umrah sebenarnya sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu.
“Kalau nak diikutkan, saya pasang niat untuk ke tanah suci sudah lama, dah lama tergerak hati tetapi masih belum berkesempatan dan akhirnya, nenek bersama ahli keluarga lain yang pergi tunai umrah terlebih dulu. Malah emak pun sudah pun dipanggilNya untuk tunai haji.
“Jadi kali ini saya sudah tekad untuk jejakkan kaki ke sana seterusnya tunai umrah buat kali pertama, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya apakah yang mendorongnya untuk ke sana kali ini, Rafiena menjelaskan semuanya bermula dengan tiga mimpi berkaitan yang seolah-olah menjentik hati.
“Sudah tiga kali saya mimpi perkara yang hampir sama. Pertama tahun lalu apabila saya mimpi sedang melakukan solat betul-betul di hadapan kaabah. Tiada ramai orang waktu itu dan saya dengan mudah dapat lakukan solat.
“Mimpi kedua pula, saya berpeluang untuk mencium Hajarul Aswad selepas tunai solat sehinggalah yang terbaru, saya sekali lagi mimpi berjalan menuju kaabah dengan emak. Jadi memang kali ini saya kena tekadkan niat untuk ke sana.
“Rasa tak sabar dan alhamdulillah, moga semuanya akan dipermudahkan,” terang Rafiena yang sudah berniat untuk mendoakan kesejahteraan keluarga selain mendoakan yang baik-baik buat perkembangan syarikat dan anak syarikat yang lain.
“Pohon doa yang baik-baik, dimurahkan rezeki serta dihindari daripada hasad dengki,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Rafiena turut menyambut kehadiran seramai 40 orang anak angkatnya dari Madrasah Idrisiah, Perak.
Selain dapat beramah mesra sebelum pemergian Rafiena ke tanah suci, anak-anak ini juga turut berkesempatan menyaksikan sendiri penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam.
“Saya memang mahu isi masa bersama mereka sebelum tunai umrah dan kebetulan dapat berjumpa sebab mereka dari Seremban kerana mengikuti satu program. Jadi bila mereka hadir, dapatlah anjurkan sedikit jamuan dan doa selamat,” akhirinya.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah para pelakon drama tersebut iaitu Raja Ilya dan Zarina Zainoordin. Sekuelnya turut menampilkan lakonan mantap Shah Iskandar dan Haliza Misbun sementara sutradara Raja Mukhriz pula menggalas tugas sebagai pengarah.
STS2 dijangka bakal ditayangkan menerusi saluran Hypp TV Mac tahun hadapan.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan kosmetik, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM membidas kenyataan seorang doktor selebriti yang gemar memberikan pendapat mengenai keburukan penggunaan jamu dan produk kecantikan.
Berkongsi di Instagram, Kak KM memberitahu, dia memiliki ramai kawan daripada golongan profesional dan tiada satu pun di antara mereka yang aktif di media sosial.
Malah Kak KM turut menyifatkan doktor-doktor selebriti ini hanya ingin menumpang populariti para usahawan kosmetik semata-mata.
“Kawan-kawan Kak KM semua dari golongan profesional, tapi tak ada seorang pun main Instagram. Korang rasa mereka ada masa ke nak jadi instafemes, nak OOTD bagai?
“Tapi yang teruknya, yang nak tumpang glamor orang lain. Haa engkau aku rasa lebih bagus pergi selamatkan nyawa-nyawa orang yang hospital tu. Sibuk hal orang! Nak assume barang orang.
“Kau pun tak tahu kesahihan barang aku ada apa kat dalam. Hei berani datang depan la wei! Eh jap lagi satu lagi pesanan, kau buat je kerja kau. Aku buat kerja aku,” katanya.
Meskipun tidak dinyatakan dengan jelas siapakah doktor tersebut, ramai netizen menyifatkan kenyataan Kak KM itu bagai ditujukan kepada Dr. Amalina.
Malah, kenyataan tersebut turut disokong seorang lagi usahawan kosmetik, Safiey Illias.
“Doktor main Instgram dia nak fames je sambil menggatal,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap entri Kak KM itu.
Apa pun yang berlaku, rasanya ia mungkin salah faham dan pastinya, kami mengharapkan yang terbaik buat mereka. Bagaimanapun, tak salah untuk menerima pandangan kan?
Foto: Instagram Kak KM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam, sebuah video telah tular di media sosial yang memaparkan kelakuan biadap seorang lelaki yang mengganggu pekerja sebuah pasar raya gara-gara mengedar ‘tester’ minuman keras di bahagian ‘non-halal’.
Video tersebut telah menimbulkan rasa marah di hati seluruh rakyat Malaysia termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.
Katanya, individu tersebut telah memalukan bangsa Melayu dan seluruh umat Islam di Malaysia.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...