[GAMBAR] Ambil Tema 80-an, Gempak Habislah Majlis Ulang Tahun Bday Afgan Yang Ke-30!

Share

Foto-foto sekitar sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-30 dari penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mendapat perhatian ramai.

Mengambil tema 80-an sebagai latar majlis, sahabat terdekat serta rakan selebriti turut mengisi masa meraikan majlis hari jadi penyanyi yang sinonim menerusi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu.

Antaranya ialah Rossa, Ashraff Sinclair serta isteri dan ramai lagi.

“80’s theme for my birthday bash last night! Saya sebagai Mas Boy dari Catatan Si Boy,” tulisnya ada salah satu entri foto yang dimuat naik.

Selamat hari jadi Afgan semoga panjang unur dan dinurahkan rezeki selalu. Apa pun, jom usha kemeriahan teristimewa buat Afgan ni. Memang happening habis!

IKLAN