[GAMBAR] Alhamdulillah…. Lebih 1,000 Berkumpul, Hadiri Majlis Tahlil Arwah Abam. Fakhrul UNIC Pimpin Bacaan al-Quran

Share

Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih sinonim sebagai Abam Bocey anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dihadiri lebih 1,000 jemaah bagi memberi penghormatan terakhir buat pelawak terkenal itu.

Majlis tahlil turut disertai rakan artis termasuk ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, Presiden SENIMAN Encik Zed Zaidi dan Naib Presiden SENIMAN Zuraini Kassim, Dato AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, Dato Fizz Fairuz, Mawi, dan ramai lagi.

Ustaz Fakhrul (UNIC) dijemput bagi memimpin bacaan al-Quran. Beliau juga memberikan perkongsian istimewa tentang Arwah Abam dan tazkirah bagi jemaah.

Stesen radio muslim kontemporari Zayan hadir selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak, Ria X, Zon Lawak, InTrend dan MySalamMuslim pula menggalas tugas rakan digital.

Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari (Isnin) lalu di kediamannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak.

Ini dia momen sekitar sepanjang majlis berlangsung, al-Fatihah buat Allahyarham;

Foto: Astro

IKLAN