Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat Allahyarham Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey atau lebih sinonim sebagai Abam Bocey anjuran Astro Warna yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dihadiri lebih 1,000 jemaah bagi memberi penghormatan terakhir buat pelawak terkenal itu.
Majlis tahlil turut disertai rakan artis termasuk ahli kumpulan Bocey, Fad dan Achey, Presiden SENIMAN Encik Zed Zaidi dan Naib Presiden SENIMAN Zuraini Kassim, Dato AC Mizal dan Datin Emylia Rosnaida, Dato Fizz Fairuz, Mawi, dan ramai lagi.
Ustaz Fakhrul (UNIC) dijemput bagi memimpin bacaan al-Quran. Beliau juga memberikan perkongsian istimewa tentang Arwah Abam dan tazkirah bagi jemaah.
Ads
Stesen radio muslim kontemporari Zayan hadir selaku radio rasmi, manakala Astro Gempak, Ria X, Zon Lawak, InTrend dan MySalamMuslim pula menggalas tugas rakan digital.
Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari (Isnin) lalu di kediamannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di Gombak.
Ads
Ini dia momen sekitar sepanjang majlis berlangsung, al-Fatihah buat Allahyarham;
Ads
Foto: Astro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
S. Baldev Singh yang juga penerbit filem Musyrik, berharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam industri perfileman lokal untuk menyediakan platform serta mempergiat sokongan buat para golongan produser di negara ini bagi memperkenalkan karya mereka ke peringkat antarabangsa.
Tegasnya, menerusi platform tersebut serta dorongan berterusan, ia secara tak langsung mampu membuka peluang kepada produser tempatan untuk mempromosikan lebih banyak lagi filem tempatan di luar negara.
Sekali gus, mampu membuka mata ramai bahawa kualiti filem yang dihasilkan karyawan tempatan juga punya potensi untuk dibanggakan.
“Saya rasa lebih baik agar tidak terlalu mudah dalam salur dana semata-mata untuk penerbitan, sebaliknya, bukakan satu platform yang lebih besar kepada produser bagi mempromosikan filem kepada negara luar.
“Dari situ, kita boleh bagi ruang filem kita untuk diketengahkan di negara mereka.
“Misalnya, memanggil duta-duta luar yang ada di Malaysia, jemput mereka jumpa produser dan tunjukkan hasil karya yang kita ada kepada mereka.
“Mereka mungkin boleh bantu, bawa karya kita ke negara mereka. Setiap negara ada platform masing-masing.
“Jadi, ini menjadi antara jalan untuk pasarkan filem kita dalam skop yang lebih besar sebab kualiti filem kita pun bukan biasa-biasa,” katanya.
S. Baldev turut menjelaskan, dia yakin industri filem tempatan mahu pergi jauh andai hal ini diambil kira.
“Kalau kita hanya dapat jual AS$1,000 sahaja pun, itu duit juga. Cuma apa yang lebih penting, kita sudah buka jalan untuk industri filem kita ke pasaran luar. Secara tidak langsung sudah bina ‘jambatan’.
“Bahkan, kita bukan fikir untuk jual filem ke layar perak semata-mata, tetapi pada masa sama menjual budaya dan jadikan pelakon kita sebagai produk negara,” terang pemilik produksi White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. ini lagi.
Pada masa sama, negara juga sebenarnya memiliki ramai produser dan pengarah berbakat untuk diketengahkan ke peringkat global.
S. Baldev yang sebelum ini menerbitkan filem I’m Not A Terrorist yang menampilkan pelakon Chacha Maembong dan Afiq Muiz.
Filem berkenaan juga pernah menjadi bualan selebum ini apabila turut mengundang pelakon senior Bollywood, Farida Jalal untuk turut sama terlibat di dalam filem berkenaan.
Difahamkan, filem tersebut turut menembusi pasaran luar termasuk Bollywood.
Dalam perkembangan lain, S. Baldev kini sedang dalam proses menghasilkan filem terbaru, Tenu Rabb Maneya yang menggabungkan barisan pelakon Malaysia, Pakistan dan India.
“Setakat ini, ada beberapa nama pelakon lokal dan luar yang kita telah kenal pasti. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan perincian kerana ia masih dalam perbincangan.
“Apapun, ia sesuatu yang menarik dan pastinya, saya memilih latar serta fokus cerita yang lain dari yang lain,” katanya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Teruja bakal bergelar ayah tidak lama lagi, pelakon Nadzmi Adhwa menitip ucapan istimewa buat isteri,Ardell Aryana yang kini sedang hamil peringkat kedua (second trimester).
Kongsi Adhwa, masih banyak yang perlu dipelajari dan perjalanannya bersama Ardell masih panjang dalam kehidupan bergelar suami isteri.
“Kisah Geum Jandi dan Gu Jun Pyo. Setiap hari awak mengadu sakit , mengadu diri makin gemok.
“Awak kena selalu ingat yang awak paling cantik and tak gemok pun dimata saya.
“Comey je selalu saya tengok. Makin hari makin sayang. Perjuangan kita masih panjang. Dia adalah amanah dari Allah yang harus dijagakeberadaannya.
“Berikan yang terbaik selama dia dalam kandungan. Syukurilah keberadaannya dengan doa. Terus kuatlah wahai isteri ku. Aku akan sentisa ada menemanimu.
“Saat kamu merasa lelah akan kehamilanmu. Ingatlah bahwa malaikat beristighfar untukmu setiap waktu. 1000 kebaikan tercatat untukmu dan 1000 keburukan terhapus darimu.
“Solatmu terbilang 80 rakaat untuk setiap rakaat yang terdapat seorang janin di dalam rahimmu. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Iloveyou to infinity @ardellaryana,” tulisnya.
Tidak lekang mengembalikan nostalgia dirinya satu famili, hos dan penyampai radio, Sharifah Shahirah sekali lagi ada berkongsi foto perkahwinannya bersama suami, Ijoy lebih 17 tahun lalu.
Bersempena bulan ulang tahun perkahwinan, ibu kepada lima cahaya mata itu dilihat ada mengimbau kenangan perkahwinan keduanya, sambil bercerita mengenai kek kahwinnya yang dibuat tiga tingkat!
“Pagi pagi kutip pucuk paku, Kutip pucuk dengan mak mah, Ini bulan annibersary aku
Harap suma kena bertabah.
“Gambar kahwin klasik throwback sebulan. Jangan nak kecam pulak. Sebab kita kawin 4hari 4malam.
“Benda ada buat apa nak simpan ye dak. Almaklumlaa baru kawin. Benda baru… Lama esok muntah.
”Korang ada kek gambar patung…takde kan? Ni fesyen baru korang mana ada. Beli ye bukan sponsor. 3 tingkat semua kek dlm tu …fruit kek.
”Semua dapat makan, sedap nak mam. Buat kat bangsar…aunty tu buat sedap. @chempaka.emalin Rasanya yg rekemen
Lama tak wat kek ngan dia,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat yang turut terhibur dengan kapsyen humor Shahirah turut mendoakan agar mereka sekeluarga kekal harmoni sampai bila-bila.
Bagaimanapun, ada satu akaun yang bertanya mengenai foto throwback perkahwinannya yang terdahulu dan ini reaksinya terhadap soalan berkenaan;
Terdahulu, hasil dari perkahwinan bersama Ijoy, keduanya telah dikurniakan lima cahaya mata iaitu Airell, 13, Airra, 10, Auddra, 8 dan Adeena,1 .
Shiera sebelum ini turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 19, hasil perkahwinan pertamanya dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt.
Foto: Instagram @shieraijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.