[GAMBAR] Ainul Aishah Sambut Hari Jadi Di Bali, Gaun Biru Paling Win!

Share

Pelakon dan penyanyi, Ainul Aishah ada memuat naik beberapa keping foto yang dirakam di destinasi peranginan terkenal, Bali.

Turut kelihatan menerusi gambar yang dimuat naik ialah rakan terdekat bersama kekasih hatinya, Khalid Redzuan.

Merakamkan beberapa momen menarik sepanjang berada di sana, bintang tersebut turut berkongsi mengenai sambutan hari jadinya yang ke-34.

Malah, Ainul juga mengakui terkejut dengan layanan istimewa yang diberikan kekasih bersempena dengan ulang tahun kelahirannya itu.

“What a nice surprise! I knew that we’re gonna have my birthday dinner in @bulgarihotels but i wasn’t expecting any props,special birthday card (that he made) or even a bouquet of flowers!

“Apparently he asked our driver,Wayan to go and find it in a quiet small town of Uluwatu no matter what. Poor Wayan he had to go all the way to Jimbaran and found 1 flower shop.

“Thank you so much for all the efforts that you’ve put just to make me smile and happy on my birthday night. What a perfect night it was. Having dinner under the stars with the moon lit,listening to the sea waves and only few people around us.

“Just like how i want it to be. I love you and may Allah protect and bless our relationship always insyaAllah,” tulisnya panjang lebar.

Pada masa sama, ramai peminat yang turut memuji penampilan Ainul yang tampak menawan kala mengenakan gaun labuh rona biru gelap.

Foto: Instagram Ainul Aishah

IKLAN