[GAMBAR] Ainul Aishah ‘Payung’ Foto Penampilan Baru Yang Tak Makan Usia, Makin Manis Menawan!

Share

Baru-baru ini, pelakon Ainul Aishah atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun ada berkongsi beberapa keping gambar saat dirinya menghadiri satu majlis pelancaran produk kecantikan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Tampil effortless dengan mengenakan gaun senteng rona biru cantik, penampilannya tampak ringkas tetapi tetap menawan, sesuai dengan majlis yang dirai.

“Experiencing fresh flowers & fresh organic ingredients at Fresh Beauty product launch. Natural ingredients has always been my favourite since i love the nature.

“Thanks for having me @freshbeauty@sephoramy #freshlovemy#freshbeauty #sephoramy

Dress by @aliabastamamkl @aliabrtw#aliabrtw Hair by @dashingdivaarkadia Photo by @studiodoublea@abinublisafeei,” tulisnya.

Lantas, gambar yang dikongsi pelakon berusia 34 tahun itu telah menjadi perhatian peminat, sementelah dia jarang muncul di kaca televisyen kini.

Rata-rata netizen memuji penampilan Ainul yang tak makan usia.

Untuk rekod, Ainul dilahirkan pada 16 April 1985 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Foto : Instagram Ainul Aishah

IKLAN