[GAMBAR] Ainul Aishah Belanja Foto Percutian Di Pulau Bali, Seronok!

Share

Terbaru, pelakon Ainul Aishah atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun ada berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Kongsi Ainul, dia kini sedang bercuti di Pulau Bali, Indonesia.

“Dreaming of the beach,missing the sunset,thinking of you,” tulisnya ringkas.

Lantas, gambar yang dikongsi oleh pelakon berusia 35 tahun itu telah menjadi perhatian peminat.

Rata-rata peminat memuji penampilan Ainul yang tak makan usia dan kelihatan sangat menawan ketika bercuti. 

Untuk rekod, Ainul dilahirkan pada 16 April 1984 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Foto : Instagram Ainul Aishah

IKLAN