[GAMBAR] Ainul Aishah Belajar Skil Tarian ‘Balet’, Lengkap Pakai Mini Skirt. Comel Sangat!

Share

Menerusi entri terkini milik pelakon Ainul Aishah, dia ada memuat naik beberapa keping gambar ketika dia menyertai kelas tarian ‘balet’.

Kongsi pelakon yang berusia 34 tahun itu, dia telah menyertai kelas tarian ‘balet’ ketika menghadiri di satu majlis pelancaran produk kecantikan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Gambar tersebut kelihatan Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun memakai mini skirt berwarna merah jambu yang sangat comel.

“Had a nice evening learning simple steps of ballet at Melvita Pink Oil Power event. Find out more about what the eve nt is all about on my next post .. @studiodoublea @abinublisafeei
#CleanBeauty #PinkOilPower#EasyFirming #CelluliteBuster#MelvitaMalaysia #Melvita”tulisnya.

Dalam pada itu, peminat turut memuji bintang filem Nana Tanjung itu kerana kelihatan sangat comel.

Untuk rekod, Ainul dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Turut sama di sesi berkenaan ialah rakan selebriti lainnya.

Foto : Instagram Ainul Aishah

IKLAN