[GAMBAR] Ain Adruce Selamat Bertunang, Ini Foto Indah Sekitar Majlis, Sarat Flora!

Share

Tahniah diucapkan buat hos dan pelakon, Ain Adruce yang telah pun selamat bergelar tunangan kepada jejaka pilihan hatinya, Amirul Hafiz.

Menerusi foto yang dikongsikan rakan selebriti yang hadir, sesi majlis pertunangan keduanya dimeterai dalam suasana yang cukup meriah, dengan pasangan dilihat mengenakan persalinan serba polos putih.

Malah dekorasi yang indah dipenuhi dengan kuntuman bunga turut menggamit perhatian

Kongsinya kepada MH sebelum ini, bintang berusia 27 tahun itu mengakui bakal melangsungkan majlis tunang hari ini (Sabtu) di kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian, bintang tinggi lampai itu mengakui tunangnya berbeza dengan mana-mana lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.

“Selain Amirul, ada juga lelaki lain yang menghantar pesanan di Instagram untuk mengenali saya dengan lebih dekat. Namun, caranya berbeza.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan.

“Dia bukan jenis yang berlebih-lebih dalam usahanya memenangi hati saya. Pendek kata, tidaklah sampai keluar ayat seperti ‘bergelar tulang rusuk apabila melihat gadis seperti kamu’.

“Amirul juga tidaklah terlalu romantik, sebaliknya lelaki yang suka berterus-terang,” ujar Ain seperti yang dipetik.

Ini dia antara foto yang dikongsikan rakn artis yang hadir di majlis tunang Ain-Amirul. Antaranya ialah Shima Anuar, Issey Fazlisham, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Foto: Instagram selebriti, Hurr TV

IKLAN