Uncategorized

[GAMBAR] Aaisyah Dhia Rana Dah 4 Tahun, Jom Usha Gambarnya Ketika Bayi Hingga Sekarang!

Share

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan muat naik foto anaknya, Aaisyah Dhia Rana sedang nyenyak tidur lewat malam semalam di laman Instagramnya.

Di ruangan kapsyen pula kelihatan pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta itu mengucapkan ‘selamat hari lahir’ buat anakanda tercinta.

“Good nite sayang .. mimpi yang indah – indah besok sayang dah 4 tahun @aaisyahdhiarana111.

“#aaisyahdhiarana #aaisyahdhiaranaturns4 #1/11/2018,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen dipenuhi dengan ucapan ‘happy birthday’ daripada netizen kepada si comel itu. Malah, ada juga yang memanggil Aaisyah dengan gelaran ‘sleeping beauty’.

Bagaimanapun, ada juga yang menegur Che Ta agar tidak membiasakan anaknya tidur dengan anak patung.

Oh my! Ada sahaja yang tak kena di mata netizen kan? Apa-apapun, selamat ulang tahun kelahiran MH ucapkan buat Aaisyah. Semoga menjadi anak yang solehah ya!

Foto/Instagram: Rozita Che Wan

IKLAN