[GAMBAR] 8 Bulan Kahwin, Bunga Cinta Nadiyah Shahab & Ben Ali Kian Mekar Di Itali, Moga Till Jannah!

Share

Pasangan selebriti, Nadiyah Shahab dan Ben Ali kini sedang menikmati percutian bulan madu di Itali.

Momen indah tersebut telah dikongsikan bintang Lafazkan Kalimah Cintamu di Instagram miliknya yang mengundang perhatian peminat.

Dalam pada itu, wanita berusia 28 tahun itu turut memuat naik video di Insta Storiesnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia, till jannah.

Terdahulu, Nadiyah dan Ben diijabkabul pada 10 November tahun lalu.

Nadiyah juga telah menerima wang hantaran berjumlah RM 45,000 selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki.

Foto: Instagram Nadiyah Shahab

IKLAN