[GAMBAR] 20 Tahun Berlalu, Ini Wajah Terkini Kisah Penderma Hati Pertama Malaysia Wan Mohd Hafizam & Afiq Iqmal,

Share

Sehari lalu, genaplah 20 tahun kisah melibatkan dua individu, Wan Mohd. Hafizam dan Afiq Iqmal yang pernah menjadi bualan serta isu negara pada ketika itu. Kisahnya bermula apabila seorang bayi memerlukan penderma hati bagi meneruskan harapan untuk terus hidup.

Lalu muncul insan berhati mulia, Wan Mohd. Hafizam yang juga merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam yang sudi mendermakan sebahagian hatinya buat Afiq Iqmal yang ketika itu baru dilahirkan ke dunia.

Briged Ekuin APM, ada berkongsi satu entri perihak kisah berkenaan khusus sebagai dedikasi istimewa melibatkan salah seorang anggotanya yang kini bergelar Lt. Kol. Wan Mohd Hafizam yang berusia 23 tahun ketika mendermakan sebahagian hatinya buat Afiq.

Sementara itu, penerima hati, Afiq Iqmal menerusi akaun Facebooknya turut berkongsi kisah yang dialaminya, tidak lama dulu.

Foto: Facebook Briged Ekuin APM, Wan Mhd Hafizam & Afiq Iqmal

IKLAN