Debaran kian terasa apabila acara pertandingan muzik tahunan paling dinantikan, Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad depan di TV3. Lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai yang terbaik di dalam barisan 12 lagu bertanding?

Lalu seperti biasa, selain senarai lagu yang dipertandingan, tema tahunan acara berskala mega itu juga sering dinantikan ramai. Tema, konsep dan styling finalis bagi mempromosikan AJL saban tahun cukup menarik untuk dikongsi.

Jika pada edisi lalu, AJL mengetengahkan tema ‘Cerita Dalam Lagu’ bagi memberi penghormatan kepada penulis lirik, AJL32 pula mencipta kelainan dengan memberi dedikasi terhadap gabungan fesyen dan muzik yang dianggap sinonim dengan dunia seni.

IKLAN

Terdahulu, AJL32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+ dan jenama tersebut turut menyumbang hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan persembahan terbaik.

Ini dia 12 poster finalis AJL32 yang awesome!

IKLAN

IKLAN

Foto: TV3

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI