Geli hati pula bila MH menonton tayangan semula program MeleTop yang menjadi perbualan hangat baru-baru ini dengan kemunculan istimewa Upiak Isil.

Seperti yang semua tahu, Tak Tun Tuang menjadi satu fenomena hebat apabila lagi ini menjadi viral di media sosial sejak dua tiga bulan ini.

Melalui program tersebut, Upik atau nama sebenarnya Silivia memberitahu maksud Tak Tun Tuang itu sebenarnya merupakan bunyik pukulan gendang dan kerana itulah ia diselangkan dengan lirik lagu tersebut.

Gamat Layan Kerenah Upiak Isil, Neelofa, Nabil Pecah Perut!

Menurut penyanyi ini, sebenarnya niatnya mencipta lagu ini adalah untuk mencari makan dan langsung tidak menyangka ia akan popular dan diterima ramai.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia yang berada di Padang Sumatera Barat, Indonesia perlu menghasilkan satu karya untuk menghiburkan orang-orang di Indonesia, tetapi tidak menyangka lagu ini boleh tular sehingga ke Malaysia dan Tahiland.

Perbualan mereka lebih menarik apabila Upiak memberitahu dia langsung tidak tahu lagu ini telah dimuat naik ke Youtube hingga menyebabkan jumlah tontonan mencecah berjuta.

“Saya tak tahu dan tak faham. Saya hanya faham setelah manager saya memberitahu tentang lagu ini kerana bukan saya yang masukan ke Youtube. Yang masukkan ini adalah orang yang pernah dengar lagu ini tiga tahun yang lalu,” katanya dalam program tersebut.

IKLAN

Malah lebih melucukan apabila Upiak memberitahu dia sudah menghasilkan 19 buah album namun satu sahaja lagunya yang laku.

Dengan spontan semua di dalam studio ketawa mendengar kata-kata jujur daripada Upiak dan mereka juga sempat menemukan Upiak bersama salah seorang jejaka Malaysia yang turut mempopularkan lagi lagi ini, Andi Bernadee.

IKLAN

Okay tak nak cakap banyak, korang tengok sendiri video ini. Jangan tak percaya, video ini telah tersenarai dalam top 13 video trending di Youtube.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI