Dr Amalina Bakri menerusi laman Twitter melayangkan status mempersoalkan kewajaran seseorang dipersoal status dara dan diminta membuktikannya menerusi laporan doktor.
Wanita hebat ini turut menyertakan artikel yang ditulis Dr Imelda Balchin mengenai mitos yang sering berlegar dalam masyarakat mengenai selaput dara.
“Seorang gadis bertanya saya soalan ini: “Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan family saya yang saya masih dara. Ada tak medical check-up untuk bagi bukti sebab diorang minta.”
First of all, I cannot believe that someone would ask such thing.
Ads
“And it was really sad that her fiancé and family would even ask for evidence! Anyways, I’m not going to rant.
Here’s an article from Prof Dr Imelda about ‘selaput dara’.
Ads
Seorang gadis bertanya saya soalan ini: “Doktor, bagaimana saya nak buktikan kepada tunang dan family saya yang saya masih dara. Ada tak medical check-up untuk bagi bukti sebab diorang minta.” First of all, I cannot believe that someone would ask such thing.
And it was really sad that her fiancé and family would even ask for evidence! Anyways, I’m not going to rant. 💆🏻♀️ Here’s an article from Prof Dr Imelda about ‘selaput dara’. pic.twitter.com/ZpHoscerwP
Menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul Khayal,penyanyi Stacy Anam telah membuat persembahan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-32 malam tadi.
Tampil dengan imej berseluar legging, isteri kepada Akim Ahmad ini menerima pelbagai kecaman dan kritikan mengenai pemakaiannya ketika beraksi.
Bagaimanapun,Stacy tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Semua orang pasti ada hari-hari yang tidak dijangka dan tidak diinginkan berlaku kan?😂
“Tadi benda tu jadi pada saya. Kain seluarnya tebal dan longgar dan warnanya pula kuning tapi x sangka pula bila perform atas stage dengan lighting,pergerakan dan macam2 benda jadi lain,” jelasnya.
Malah,Stacy merayu agar tidak memberikan komen yang keterlaluan kerana dia mempunyai harga diri.
“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga juga tapi tu lah nasib menjadi manusia bekerja dalam line begini memang risiko kan.
“Confident ja menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya.
“X boleh buat salah atau x sengaja. Silap ja habis dilabel wanita akhir zaman Astaghfirullahalazim…
“Ya lah orang yg komen hebat sebegitu memang x pernah buat salah kali mungkin tapi kasihanilah manusia yang dapat hari x best ni.
“Niat nak semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki sahaja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas tapi bila jadi begini dengan sadisnya mulut2 Manusia Penghukum ni saya rasa sakit sangat pada suami dan keluarga,” tulisnya.
Malah, anak kelahiran Sabah ini juga tidak mahu membabitkan keluarganya dalam hal sebegini.
“Jangan babit saya punya Darling ok guys.. Dia pun busy bekerja dan focus dalam kerja dia. Semua foul dan hal yg x kena pun semua dari saya saja tauu.
“Kadang rasa dah nak stop dalam line ni tapi belum ada rezeki masa yg sesuai dan kemampuan dalam hal sebegini.
“Saya nasihatkan jangan tengok lah benda yang menyakitkan mata ni sebab memang x elok guys.
“Biarlah niat awal masing-masing tu kami tau kemana dan hanya di atas yang tau dan menentukannya.
“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam2.
“Yang terus nak bawang ngumpat saya harap gigi anda makin jongang okayyy.
“Terima kasih kepada yang nampak effort performance saya tadi Thank you @teamsgs datang support tadi,” akhirinya.
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini bersyukur kerana dapat membantu seorang bayi perempuan, Afiya yang didapati menghidap penyakit kulit ekzema.
Difahamkan, Afiya yang kini berusia lima bulan itu menghidap penyakit kulit mengelupas dan ruam merah sejak berumur dua bulan.
“Salam semua… today Eina nak share dengan u all about baby Afiya yang baru berumur 5 bulan.
“Baby Afiya kena eczema since umur 2 bulan. So adik kpd kak Yani yang DM Eina bertanya mengenai budak2 yang Eina pernah tlg sblm ini.
“Dia tanya clinic atau hospital mana yang Eina bawa sblm ni. Dan dia ada hantar gmbr baby afiya. Terus Eina ckp nk tlg sbb tgk keadaan baby Afiya kulit dia yang dah mengelupas dan pedih2 berdarah. Sure pedih tu.
“Alhamdullilah today all the way from kluang johor family kak yani dtg bawa baby Afiya utk mencuba rawatan di clinic pakar yang Eina sering bawa budak2 yang ada sakit kulit. Hopefully kulit baby Afiya akan cepat sembuh,” tulisnya.
Malah, Eina menyeru agar orang ramai turut sama membantu Afiya.
“So for those yang nak membantu or menghulur kan apa2 utk baby afiya boleh transfer ke account 0310529000248278 BSN, NURUL ELYANI,” kongisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar bayi berkenaan cepat sembuh dan memuji tindakan mulia pelakon itu yang tampil menghulurkan bantuan.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman ini telah berjaya membantu seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit sama untuk bertemu pakar beberapa bulan lalu.
Foto : Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...