“Gadis Cilik Pandai Berjoget,” – Tarian Comel Issabelle Masuk Berita Indonesia, Si Ibu Terkejut

Share

Selepas video pendek yang merakamkan aksi seorang kanak-kanak, Issabelle yang menari lagu Mengantuknya Mumia yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, ibu kepada kepada kanak-kanak berkenaan ada berkongsi video kiriman peminat dari Indonesia.

Dimuat naik menerusi Instagram, ibunya berterima kasih kepada media di sana yang menyiarkan berita anaknya selain turut rasa terkejut.

“Tq, Transtv Indonesia for the highlight. Last nite, mommy receive so many DM from issabelle fans saying that her video “sleeping mummy” is on their news tv.

“Aduhhhh, mommy lagi kaget, terkejut. Terima kasih ya atas komentar yang bagus2 dan teruskan support issabelle ya. Video ini di kirim oleh fans Issabelle dari Indonesia, tq utk videonya,” tulisnya.

Sehingga kini, posting berkenaan mendapat lebih 70,000 tanda suka selain ribuan komen pelbagai telah pun diterima.

Sebelum ini, gelagat pelajar sekolah rendah itu tiba-tiba diperkatakan ramai apabila video tariannya dikongsikan menerusi Twitter lalu mendapat tontonan berjuta warga maya.

Atas perhatian yang diterima, kanak-kanak terbabit turut ditemubual Geng Pagi Hot baru-baru ini.

Foto: Instgram Issabelle

IKLAN