Semalam, MH berkesempatan menonton filem, KL Special Force yang dikatakan dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sejujurnya, pada minit pertama filem tersebut sudah pun berjaya membuatkan MH melekat di kerusi.

Diarahkan oleh pengarah muda, Syafiq Yusof, sememangnya filem ini tidak mengecewakan langsung!

Sesuai dengan filem aksi, KL Special Force memberikan aksi yang cukup mantap dari kesemua para pelakonnya.

Memang MH memberikan “thumbs up’ kepada para pelakon yang terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Ramona Zam Zam, Esma Daniel dan banyak lagi.

Di sini MH nak berikan 6 sebab kenapa penonton kena ke pawagam untuk menyaksikan filem ini.

Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force ‘Pasti Mari’!

1. Aksi dan Efek Taraf Hollywood

Bayangkan seawal minit pertama, kereta sudah diletupkan disertakan dengan aksi-aksi hebat setaraf cerita aksi Hollywood membuatkan MH terfikir ‘adakah ini Malaysia?’

Memang hebat karya Syafiq kali ini serta ia juga membuatkan Malaysia nampak begitu ‘cool’ sekali.

Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force ‘Pasti Mari’!

2. Plot Twist Menarik

IKLAN

Sepanjang MH menonton filem ini, elemen suspend dan juga ‘mind game’ memenuhi minda.

Ia sememangnya sebuah filem aksi yang berbeza dan tidak klise di mana hampir kesemua telahan MH mengenai jalan ceritanya adalah salah.

Menceritakan mengenai Roslan (Rosyam Nor), seorang anggota polis ‘special branch’ yang ingin menangkap kumpulan ‘anarkis’ yang paling dikehendaki polis yang diketui Ashraff (Syamsul Yusof).

Bagaimanapun, kehadiran anggota baru, Zul (Fattah Amin) sering menggagalkan usaha Lan untuk membanteras kumpulan tersebut.

Itu membuatkan Lan tidak mempercayai Zul dan vice versa, disebabkan tiada kepercayaan, usaha menangkap kumpulan anarkis sentiasa gagal, sehinggalah…

Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force ‘Pasti Mari’!

3. Ideologi Menarik

Kalau korang biasa tengok penjahat ‘Joker’ mesti selalu dengar ideologi mereka kan?

IKLAN

Dalam KL Special Force, kita akan diperkenalkan kepada ‘Joker versi Malaysia’.Kalau iman tak kuat memang boleh terpengaruh.

Pada MH, jarang kita dapat jumpa penjenayah yang pandai kan serta keupayaan Ashraff untuk manipulasi pihak polis memang hebat.

MH sendiri tertanya-tanya siapa jahat, siapa baik dalam pihak polis ini.

Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force ‘Pasti Mari’!

4. Martabatkan Polis

Apa yang best KL Special Force di mana filem ini memartabatkan Polis Diraja Malaysia.

Bagaimana ada di antara mereka yang kehilangan nyawa demi melindungi rakyat serta pengorbanan yang terpaksa dilakukan kepada keluarga demi anak bangsa.

Saat MH menonton filem ini membuatkan MH sedar bahawa polis ini pun manusia macam kita juga. Ada khilafnya juga.

IKLAN

Gabungan Dua Hero Di Era Yang Berbeza, KL Special Force ‘Pasti Mari’!

5. Gabungan Dua Hero Dari Era Yang Berbeza!

Gandingan Rosyam Nor dan Fattah Amin memang kena!

Tidak dinafikan sebagai pelakon senior, Rosyam memang sentiasa hebat dalam lakonannya manakala Fattah sendiri mempunyai potensi ke arah itu. Malah, MH puji mutu lakonan Fattah dalam cerita ini memang langsung tak kayu!

Di samping itu, MH lihat tiada cacat cela oleh pelakon lain yang membolehkan KL Special Force kelihatan hambar.

MH turut difahamkan kebanyakkan aksi dilakukan sendiri oleh pelakon termasuklah turun dari tingkat 7 bangunan. Hebat!

 

6. Pasti letup!

Saat ‘end credit’ dimainkan di pawagam semalam, MH memberikan ‘standing ovation’ pada filem ini.

Kepada mereka yang inginkan sebuah filem aksi, sememangnya KL Special Force memberikannya pada anda.

Apa-apapun, MH berikan 9.5 bintang pada filem ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI