Baru-baru ini MH ada perasan Fynn Jamal berkongsi kisah pengalamannya ketika berada di kota Paris, namun salah satu perkongsiannya itu ada menyentuh tentang sambutan hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine Day.

Menurut Fynn, kebetulan pada tarikh yang sama dia berada di kota yang sangat dikenali dengan aura romantiknya bersama bapa tercintanya!

Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Valentine Ketika Di Paris, Berbeza Dengan Malaysia!

Namun begitu, kata Fynn melalui akaun Instagramnya apa yang melucukan apabila di paris tiada langsung sambutan, kemeriahan , kehangatan dan segala jenis yang berkaitan walhal bandar tersebut sangat terkenal dikalangan pasangan bercinta.

IKLAN

Namun sale bersempena itu masih ada tetapi tidak semua tempat yang melakukan jualan seperti itu seperti di kedai makan, mereka sajikan promosi dan harga yang murah.

“Tak ada LANGSUNG sambutan, kemeriahan, kehangatan dan segala jenis kaitan romansa di situ.

 

“Sale bersempena— ada lah. itu pun tak semua tempat. kedai makan dgn promo murah. discounted price. camtu ajelah.

 

“Xde pun public display of love sgt pun. xde proposal kawen dgn ribu2 belon ke. serius. macam xde apa pun sbnrnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun bagaimanapun, Fynn agak kesal melihat bagaimana rakyat Malaysia bersungguh-sungguh menyambut perayaan ini walaupun sudah beberapa hari ia berlalu dan masih memenuhi news feednya.

IKLAN

Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Valentine Ketika Di Paris, Berbeza Dengan Malaysia!

Dalam pada itu, Fynn turut menjelaskan sebagai seorang islam kita tidak seharusnya menyambut perayaan ini kerana jika dilihat sejarahnya.

IKLAN

“Kindly read on the actual history of this v day. the origin. the real story yang melibatkan kepala2 yg dipenggal, nyawa2 yg dibunuh dan darah2 yg dialir. juga ttg saint valentine sendiri yg menyempena perayaan ini.

 

“V day is religious. bukan sekadar saja2. maka tak mau buat lagi, ya?” tulisnya lagi.

Fynn turut mengingatkan orang ramai yang masih tidak tahu kisah ini untuk terus istighfar dan sekirannya sudah tahu jauhkan diri dari melakukannya. Sekirannya sudah terbuat, maka delete sahajalah pengalaman itu.

i went to paris on the day that was supposed to the the day of romance. the v day. . kebetulan. tak plan pun. . funniest story was: di kota yang dikatakan city of romance itu— tak ada LANGSUNG sambutan, kemeriahan, kehangatan dan segala jenis kaitan romansa di situ. . sale bersempena— ada lah. itu pun tak semua tempat. kedai makan dgn promo murah. discounted price. camtu ajelah. . xde pun public display of love sgt pun. xde proposal kawen dgn ribu2 belon ke. serius. macam xde apa pun sbnrnya. . but here we are, in malaysia, dah masuk hari ketiga selepas hari itu— sayang sekali— masih bersepahan dalam feed tentangnya. . dan kita orang islam. dan ini bukan perayaan kita. . kindly read on the actual history of this v day. the origin. the real story yang melibatkan kepala2 yg dipenggal, nyawa2 yg dibunuh dan darah2 yg dialir. juga ttg saint valentine sendiri yg menyempena perayaan ini. . v day is religious. bukan sekadar saja2. maka tak mau buat lagi, ya? . kalau tak tau, istighfar. kalau dah tau, jauhkan. . kalau tak buat, alhamdulillah. kalau dah buat, delete ajelah. . settle 🙂

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Menarik juga perkongsian Fynn kali ini ye, sekurang-kurangnya mana-mana individu yang masih tidak tahu dan clueless mengapa kita tidak dibenarkan menyambut Valentine, Fynn sudah berkongsi infomasi ini kepada korang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI