“Fuh! Next Year Dah Berempat,” – Isteri Rody Kristal, Niena Azman Kini Hamil 33 Minggu

Share

Saat ramai yang kunjung-mengunjung ke rumah rakan mahupun sanak-saudara bagi meraikan Aidilfitri meski bersyarat, namun lain pula ceritanya dengan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Hal ini kerana ibu kepada seorang anak itu kini hamil 33 minggu.

Justeru, Niena atau nama lengkapnya Nur Izwani Azman perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan diri dan kandungannya dalam keadaan sihat.

“Mask on! Tak boleh nk beraya, bestnye tgk gambar-gambar org pg beraya.

“Harap dpt la beraya tahun depan.. fuh! next year dh berempat #gulagolie #33weeks.

“En.Mi pulak busy, xpe la rezeki die.. almost one week die xde masa utk kte kn Adith, ok bye!,” tulisnya.

Dalam pada itu,Niena dan Rody turut mengenakan tema warna hitam pada pagi Syawal dan merakam foto tersebut sebagai kenangan.

Terdahulu, kerajaan mengarahkan bahawa aktiviti kunjung-mengunjung adalah tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Malah, aktiviti tersebut tidak digalakkan kepada wanita hamil, bayi, kanak-kanak dan individu yang mempunyai penyakit kronik.

Terdahulu, suaminya, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung dan bersalin secara normal pada 14 Januari 2019.

Foto: Instagram Niena Azman

IKLAN