Fuh Bertuah! Hanya Jep Sepahtu Sahaja Selebriti Tersenarai Dalam ‘List Following’ Timbalan Pedana Menteri!

Jika sebelum ini isu Tun Dr. Mahathir follow Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram, kali ini isu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail follow satu-satunya selebriti Malaysia di Instagram menjadi perhatian netizen.

Jangan terkejut ya, dalam 46 akaun yang diikutinya, Timbalan Pedana Menteri Wanita Pertama di Malaysia ini hanya seorang selebriti yang tersenarai dalam list tersebut dan selebriti tersebut merupakan seorang pelawak popular dan penyampai radio, Jep Sepahtu!

IKLAN

Melalui website Sinar FM, Jep sangat gembira dengan apa yang diketahuinya namun bagaimanapun dia seakan tidak percaya dan takut sekirannya Wan Azizah tertekan butang follow secara tidak sengaja.

“Alhamdulillah saya sangat-sangat gembira. Cuma macam tak percaya takut Timbalan Perdana Menteri Malaysia tertekan follow (tak sengaja). Apatah lagi saya sangat mengagumi ketabahan dan kesabaran yang dimiliki oleh beliau”

Sehubungan dengan itu, isteri kepada pelawak yang bertuah ini turut berkongsi rasa gembira di Insta Storiesnya.

Namun, Sari tercuit hati membaca luahan suaminya dan ketawa dengan kata-katanya.

IKLAN

Aduh bertuah betul lah Jep, tidak kiralah sama ada memang Wan Aziziah tertekan atau apa yang pasti nama Jep tersenarai dalam golongan yang bertuah itu!

SUMBER: Sinar FM