Menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, pengacara dan personaliti televisyen, Dahlia Shazwan ada berkongsi sekeping foto dirinya ayu mengenakan hijab.
Malah, Dahlia yang sinonim dengan jolokan Miss Trivago Malaysia itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakannya selama ini.
“From the bottom of my heart, thank you kepada yang mendoakan. Love you all,” tulisnya ringkas.
Gambar yang dimuat naik pada malam semalam itu telah meraih lebih 31,000 tanda suka dan turut dihujani lebih 1000 komen.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terharu akan keputusan Dahlia untuk tampil sopan malah turut mendoakan yang terbaik buat pengacara program Hlive itu.
Ads
Untuk rekod, Dahlia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2016 bersama pilihan hati, Shafiq Ismet dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram Dahlia Shazwan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ceria, mudah terhibur dan sempoi. Itu yang boleh digambarkan terhadap keperibadian pelakon dan pengacara, Ain Edruce.
Bagaimanapun, figura tinggi lampai ini akui dirinya harus ‘mengawal’ diri dalam mengendalikan program realiti, Hero Remaja 2020.
“Saya diberikan kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas tugas sebagai pengacara Hero Remaja 2020.
“Secara tidak langsung saya perlu ‘behave’ kerana program Hero Remaja merupakan satu program realiti matang.
“Orang mengenali saya dengan sikap yang ‘gila-gila’ dan masuk air, tetapi bagi mengendalikan program sebegini, saya tak boleh terlalu remaja dan terlalu matang sangat dalam mengendalikan program ini, jadi saya hanya bersifat sederhana, santai dan rileks,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, pelakon drama Camelia ini bersyukur kerana ini merupakan tugasan pertamanya bagi tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini merupakan tugas pertama saya selepas bergelar isteri. Benarlah kata orang, rezeki selepas kahwin itu sentiasa terbuka luas.
“Malah, suami juga ada beri nasihat agar kawal diri semasa mengendalikan program realiti yang terdiri daripada 12 finalis yang kacak,” seloroh Ain.
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia semalam, satu entri yang dimuat naik jekaka yang didakwa merupakan teman istimewa pelakon popular, Mira Filzah mulai menjadi perhatian peminat.
Mendapat tanda suka hampir 7,000 setakat ini, dedikasi buat para wanita yang dibuat Wan Emir Astar, yang juga merupakan anak kepada ahli parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yaziod menerusi platform Instagram itu menerima komen pelbagai.
Meski foto yang dimuat naik tidak menampakkan figura secara jelas wanita berhijab yang dirakam di balik tabir itu, bagaimanapun netizen membuat andaian ia ialah Mira Filzah yang dikaitkan dengannya sejak beberapa bulan lalu.
Bagaimanapun, setakat ini hubungan keduanya masih lagi menjadi tanda tanya apabila tiada pengakuan sahih mengenainya dari mulut si empunya badan.
Bagaimanapun memetik Berita Harian Januari lalu, Mira menjelaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti mana-mana jejaka yang rapat dengannya ketika ini selagi belum ada kepastian.
“Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.
“Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah… Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian.
“Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga.
“Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu hasil tinjauan, kedua-duanya saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Foto: Instagram Wan Emir, Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April nyata menimbulkan pelbagai reaksi rakyat Malaysia, namun majoriti reda akan keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin demi mengelakkan wabak semakin menular.
Jelas PU Azman, menerusi hadis sahih, Nabi Muhammad SAW membawa perkhabaran gembira buat umat Islam yang sedang dilanda wabak. Jelasnya, Rasulullah SAW bersabda, wabak itu diturunkan sebagai azab kepada sesiapa yang Allah kehendaki, namun Allah jadikan penyakit itu sebagai rahmat buat orang-orang beriman.
Malah, setiap hamba-Nya yang tetap duduk di negerinya dalam keadaan sabar dan mengharapkan ganjaran Allah dan yakin akan jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah akan mendapat pahala Syahid.
“Korang hadamkan yer.
عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ.
“Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”. (Sohih Bukhari),” kongsinya.
Malah jelas penceramah bebas ini lagi, sebagai orang beriman, umat Islam harus melihat wabak yang berlaku sebagai rahmat Allah.
“Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.
“Tu kena tepuk dada sendiri.
“Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.
Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.
Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.
Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.
Satu lagi sebelum Cik Man terlupa, sapa ada lauk, cakap tau,” jelasnya panjang lebar.
Semoga kita tergolongan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Teruskan bersabar dan patuhi arahan kerajaan demi memastikan kemaslahatan umat.
Foto : Instagram PU Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya