“Frekuensi Signal Semua Mic Telah Hilang,” – Insiden Shila Amzah, Penerbit Mohon Maaf

Share

Penerbit Eksekutif program Famili Duo, Muhammad Sufian Che Isa menjelaskan masalah mikrofon tidak berfungsi yang berlaku ketika Shila Amzah dan Syahir Amzah membuat persembahan adalah berpunca daripada gangguan signal.

Menurut Sufian, masalah berkenaan turut melibatkan hampir kesemua mikrofon yang digunakan pada waktu tersebut.

“Saya belum dapat jawapan konkrit daripada pihak teknikal tetapi berdasarkan apa yang dimaklumkan kepada saya, frekuensi signal untuk semua mikrofon telah hilang.

“Bukan mikrofon Shila sahaja tetapi televisyen, back up dan pengacara juga hilang dalam 10 saat. Kalau lebih daripada itu, mungkin kita akan buat sesuatu.

“Malangnya ia berlaku ketika persembahan Shila dan Syahir,” katanya kepada MH.

Sufian berkata sedemikian ketika ditemuk media selepas selesai konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-3 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.

Lantaran itu, suami kepada penyanyi, Mas Idayu itu turut memohon maaf kepada Shila dan Shahir selain turut menyifatkan kesilapan ini bukan disengajakan.

“Masalah seperti ini memang berlaku untuk program siaran langsung. Kita tak boleh kata ia tak berlaku. Soal signal ini memang diluar kawalan kami.

“Bagi pihak produksi, kita memohon maaf dan hal ini memang tidak disengajakan. Ketika proses rehearsal, semuanya okay sahaja. Cuma malam ini berlaku masalah,” ulasnya lagi.

Sementara itu, Sufian turut menyifatkan kesilapan teknikal merupakan satu pengajaran berguna buat semua pihak.

“Bagi pihak Shila dan Shahir, mereka juga dapat belajar sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut ketika di atas pentas. Itu antara lumrah artis bila buat persembahan di atas pentas.

“Kadang kala boleh berlaku masalah ear piece tak dengar dan macam-macam lagi. Saya rasa ia merupakan pengajaran yang bagus untuk pihak produksi, pasukan teknikal dan artis itu sendiri.

“Apapun, kita harap agar masalah ini tidak berlaku lagi,” akhirinya.

Terdahulu, mikrofon yang digunakan Shila dilihat tidak berfungsi ketika dia dan adiknya, Syahir sedang membuat persembahan untuk membawakan lagu, Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Ketika masalah tersebut berlaku, Shila dilihat cuba mengawal keadaan sehingga terpaksa menukar mikrofon secara langsung di atas pentas.

Bagaimanapun, masalah tersebut tetap berlaku sehingga dipertengahan persembahan.

Namun, juri tetap memberikan pujian kepada Syahir yang dilihat tidak panik dan meneruskan persembahan seperti yang dirancang.

Kredit Foto: Instagram TV 3

IKLAN