Pada penghujung November tahun lalu, Paris Hilton mengumumkan yang dia sudah menimang cahaya mata kedua. Walaupun mendedahkan jantina sebagai perempuan namun dia tidak mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum.
Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh puterinya itu.
Diberi nama London Marilyn Hilton-Reum, Paris dilihat bangga memangku anak perempuannya dalam satu hantaran di Instagram kelmarin.
“Memperkenalkan London Marilyn Hilton-Reum. Sepanjang ingatan saya, saya selalu mengimpikan untuk memiliki anak perempuan yang dinamakan London. Saya sangat bersyukur dia berada di sini akhirnya.
“Saya sangat menghargai momen bersama saat kami meluangkan masa bersama. Bersama Pheonix, mereka berdua telah menunjukkan kepada saya betapa mendalamnya sebuah kasih sayang setelah bergelar ibu,” kongsi wanita berusia 43 tahun mengenai anaknya.
Terinspirasi dengan fasa bergelar seorang ibu, Paris telah melancarkan sebuah lagu baharu bersama penyanyi dan komposer tekenal, Sia. Lagu yang diberi judul Fame Won’t Love itu disifatkan sebagai sebuah lagu yang sangat peribadi baginya.
“Lagu ini bertindak sebagai satu peringatan tentang ikatan dan perasaan yang ada kepada anak, suami dan keluarga saya. Ia lebih berharga mengatasi segala-galanya di dunia.
“Lagu ini menjadi sebuah lagu rasmi yang memperkasakan anda untuk memegang hubungan suci anda dekat di hati sama ada dengan kelaurga, sahabat dan juga diri sendiri,” ujarnya bercerita tentang lagu tersebut.
Imbas kembali, sebelum London, Paris terlebih dahulu memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Pheonix Barron Hilton-Reum yang dilahirkan pada Januari 2023 dan kini berusia 15 bulan.
Ini bermakna London berkongsi tahun kelahiran yang sama dengan Pheonix dan beza usia mereka hanyalah 10 bulan. Menurut laporan, Paris menggunakan khidmat ibu tumpang atas faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Band indie, Monosterio akhirnya tampil dengan lagu Raya Tak Jadi selepas hampir dua dekad aktif dalam seni suara tempatan.
Menyifatkan ia adalah hadiah buat para peminat, Monosterio menganggap semua ini berlaku secara tidak sengaja apabila diberi peluang oleh pihak produksi untuk menghasilkan naskhah berkenaan.
“Semuanya bermula secara kebetulan apabila Anep yang juga pemain drum kami membintangi sebuah super-telefilem berjudul Raya Tak Jadi. Apabila projek bermula, Iskandar Jebat iaitu pengarah menyuarakan hasrat untuk mempunyai runut bunyi sendiri (OST).
“Hasil daripada perbincangan itulah yang akhirnya membawa kepada projek ini. Bila dikenangkan kami sendiri pun tidak pernah ada lagu raya, apa salahnya kami cuba setidaknya ia memberikan cabaran baharu kepada band seperti kami,” kata Izan selaku vokalis.
Selain Izan dan Anep, Monosterio juga dianggotai oleh Alan sekali pemain gitar.
Pada dasarnya, mereka baru sahaja menggunakan nama Monosterio setelah hampir dua dekad menggunakan nama O-TWO dalam scene indie.
Bercerita mengenai pemilihan lagu raya ini lagi, mereka menggunakan lagu hasil tulisan FJ Muzik dan muzik pula adalah hasil kerjasama antara FJ Muzik dan Monosterio sebagai taruhan.
Jelas Izan, mereka perlu memberi penekanan kepada banyak perkara termasuklah menggunakan melodi yang sesuai memandangkan lagu ini turut dijadikan OST supertelefilem Raya Tak Jadi.
“Dalam proses mencari idea pada peringkat awal, kami banyak membuat rujukan dengan mendengar lagu-lagu lama termasuklah daripada kumpulan Senario, R. Azmi dan lain-lain lagu.
“Kita mahu menghasilkan sebuah lagu yang bukan saja sedap didengar tetapi juga malar segar. Kalau boleh kita mahu sesiapa sahaja yang mendengar akan mengimbau semula kenangan beraya, lemang, ketupat dan sebagainya.
“Ini sebenarnya cabaran paling besar untuk mana-mana pemuzik bagi menghasilkan sesebuah karya,” jelasnya lagi.
Raya Tak Jadi mula dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac lalu dan uzik video pula boleh ditonton melalui YouTube Sony Vevo.
Dalam perkembangan lain, Monosterio sedang dalam proses pembikinan album terkini yang mengandungi 10 buah lagu baharu Julai depan selain baharu sahaja terlibat dalam konsert Nidji di Miri, Sarawak, Februari yang lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Rita Rudaini menasihati rakan selebriti, Bella Astillah untuk terus memberikan fokus terhadap kehidupannya dan anak-anak tanpa menghirau mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dirinya.
Menurut Rita, mereka yang dihantui rasa bersalah akan sedaya upaya membuat dakwaan tidak benar bagi menutup kesilapan mereka sendiri.
“Bella, jalan terus. Yakinlah Allah ada dengan awak. Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita.
“Tidak akan habis. Sebab bayang-bayang itu akan kejar mereka sampai kiamat. Tenang sahaja Bella. Nikmati hidup awak dengan anak-anak.
“Orang macam tu memang sampai kiamat pun tidak akan mengaku salah. Lagi nak cari jalan dan cuba mencari geng untuk putar belit supaya orang lupa kisah mereka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Shah Alam 3000 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan Bella untuk sentiasa percaya dengan ketentuan Illahi dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan.
Katanya lagi, Allah akan sentiasa ada bersama kita dikala jatuh dan bangun.
“Tuhan itu maha adil. Satu pesan kami, jaga amanah Allah sehabis baik.
“Tak payah risau tiada pasangan untuk
jaga kita hingga tua kerana kita ada yang lebih hebat dan sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu, Allah yang Maha Pengasih.
“Jangan risau. Luka awak, Allah yang akan ubati,” kongsinya.
Sejak awal pagi tadi, nama Bella menjadi perhatian netizen selepas tular satu video diaplikasi TikTok yang mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
Malah, menerusi hantaran tersebut juga, turut tersebar beberapa foto mesra
dan hantaran mesej yang didakwa merupakan perbualan diantara Bella dan Muaz.
Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung hantaran tular tersebut.
Bella dan Muaz dikatakan pernah bekerjasama dalam sebuah drama pada September tahun
lalu.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Manakala pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspress namun kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan
Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini & Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...