Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memperbetulkan kekeliruan susulan wujudnya artikel yang dikeluarkan segelintir blogger hiburan yang menggunakan tajuk seolah-olah memberi bayangan dia dan suaminya, Aliff Aziz sudah berbaik.
Perkara tersebut dijelaskan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi hantaran di Insta Stories, pada Selasa.
“Izinkan saya perbetulkan apa yang disiarkan hari ini di beberapa media. Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.
“Jawab salah, tak jawab lagilah dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing. Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Bella turut memohon agar semua pihak tidak membuat andaian sendiri mengenai hubungannya dengan Aliff, ketika in
“Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk stop buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam Bella.
“Saya sudah lama move on dan cuba hidup tenang. Sekali lagi, saya minta maaf, saya hormat kerja rakan media,” jelasnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan Bella memilih untuk mengunci mulut terhadap dakwaan dia sudah berbaik dengan Aliff Aziz.
Menerusi laporan berkenaan, pengurus Bella, Umi Atiqah berkata, segala dakwaan akan dijawab tuan badan selepas kes mahkamah antara Bella dan Aliff selesai.
Difahamkan juga kes mahkamah antara Bella dan Aliff ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun, sekaligus ada dakwaan yang mendakwadia sudah kembali berbaik dengan suaminya.
Terdahulu, kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi kelahiran Singapura itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.
Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Mac lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Datuk Aznil Nawawi menjelasan daripada sudut pandangannya berhubung pelantikan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced), baru-baru ini.
Pelantikan berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet dan menurut Aznil yang juga alumni Universiti Malaya (UM), pelantikan berkenaan sebenarnya bukanlah sebagai profesor, ahli akademik atau tenaga pengajar di institusi berkenaan.
Sebaliknya penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu ialah sebagai ikon bagi tujuan mempromosi institusi pembelajaran berterusan.
“UM ada bahagian swasta iaitu UMCced dan mereka bersaing dengan universiti lain. Kemampuan mereka untuk mengambil Siti adalah atas usaha untuk bersaing dengan universiti lain.
“Pelantikan Siti itu sebagai ikon, bukan profesor, bukan sebagai ahli akademik, bukan sebagai tenaga pengajar. Hanya ikon yang mempromosikan program pembelajaran berterusan,” katanya.
Aznil yang mesra disapa sebagai Pak Nil menambah, Siti layak diberi pengiktirafan itu mengenangkan sumbangan dan pengalamannya dalam dunia seni hampir tiga dekad.
“Orang ramai yang mengutuk kata dia belajar tidak tinggi, kadang-kadang kita harus ingat bahawa dia tidak mengajar. Sekiranya dia mengajar mungkin mengenai falsafah kehidupan, falsafah kemanusiaan kerana beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
“Bagaimana Siti mampu mengubah kehidupan daripada orang biasa sehingga menjadi nombor satu negara.
“Berada dalam industri seni lebih 10 atau 15 tahun bekerja boleh dikira pakar kerana dia tidak membuat kerja lain selain kerja itu saja,” katanya lagi.
Malah, Aznil turut berkongsi mengenai perbezaan pelantikannya sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) tahun lalu.
“Saya dilantik sebagai profesor adjung dan dibenarkan mengajar bukan kerana saya popular, tetapi pelantikan itu atas kelayakan akademik dan juga pengetahuan serta kelayakan kepakaran bergiat dalam industri lebih dari 20 tahun,” katanya.
Terdahulu, pihak pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Productions dalam satu kenyataan belum bersedia memberikan sebarang komen berhubung pelantikan penyanyi itu sebagai pakar di UMCced
“Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan
“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” jelasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, pempengaruh Aisar Khaled telah berangkat ke Indonesia bagi menyaksikan perlawanan tinju diantara pelakon Randy Pangalila dan atlet Muay Thai Kkjhe.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Aisar dikatakan memilih untuk menyokong Kkjhe manakala selebriti terkenal Indonesia, Nikita Mirzani memilih Randy untuk memenangi pertarungan tersebut.
Dalam perlawanan itu, Randy mencipta sensasi dengan menewaskan Kkjhe di pusingan pertama secara TKO.
Difahamkan Aisar telah membuat perjanjian untuk memberikan wang tunai 10 Juta Rupiah (RM3000) kepada Nikita jika peninju pilihannya memenangi perlawanan tersebut.
Selepas perlawan tamat, Aisar dilihat mengotakan janjinya dan menyerahkan wang itu kepada Nikita.
Bagaimanapun, tindakkan Aisar itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak kerana menganggap perbuatan tersebut sebagai judi.
Tidak berdiam diri, Aisar tampil memberikan penjelasan di ruangan komen video berkenaan.
Jelas Aisar, dia memberikan wang tersebut kepada Nikita atas dasar ikhlas dan tiada sebarang pertaruhan yang berlaku.
“Saya bagi Nikita Mirzani dan Jeka Asparido Seragih 10 Juta Rupiah dengan ikhlas. Tiada unsur judi.
“Jika mereka kalah, mereka tidak perlu beri saya apa-apa. Harap penjelasan ini jelas,” tulisnya.
Bagaimanapun, tindakan Aisar itu tetap mengundang kritikan segelintir pihak yang menyifatkan wang tersebut sepatutnya diberikan kepada orang-orang yang lebih memerlukan.
“Lebih baik bagi kepada anak yatim sahaja.
“Lebih baik beri kepada Palestin. Mereka lebih memerlukan.
“Mereka sudah banyak duit. Kenapa masih nak beri kepad mereka? Baik bagi kepada rumah anak yatim. Dapat pahala lagi.
“Tiada istillah ikhlas bila mempertaruhkan sesuatu. Niat tidak menghalalkan cara. Ingat tu,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah meraih lebih 1.3 juta tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aisar Khaleed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...