Categories: Uncategorized

Foto Saling Pandang Wajah Suami, Azza Elite Tanya Abby Abadi

Share

Sebentar tadi, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Azza ada berkongsi fotonya bersama suami, Azlan Zulaily menerusi Instagram.

Menariknya, foto mesra yang merakamkan mereka saling berpandangan itu ditinggalkan bersama kapsyen yang cukup menarik dari Azza.

Ini kerana, Azza sempat bertanya kepada rakan lamanya, Abby Abadi sama ada aksi sedemikian dibolehkan atau sebaliknya.

“Ketika suami isteri saling memandang satu sama lain dengan penuh cinta dan kasih sayang, maka Allah memandang keduanya dengan tatapan kasih sayang.

“Boleh ke mcm ni @abby_abadi112 ahakz.. mama duk jauh dari mami.. nasib ting tang ting mami ikut,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 April 2012 dan ini merupakah perkahwinan kedua buat Azza.

Foto: Instagram Azza Elite

IKLAN