Categories: Berita

Foto Mira Filzah Bersama Jejaka Misteri Tular, Netizen Speku Sebagai Bakal Imam!

Share

Tular di lama sosial sekeping foto Mira Filzah duduk bersebelahan seorang jejaka sewaktu menghadiri majlis resepsi Farah Nabilah dan suami.

Bintang Sweet Dreams itu dilihat hadir sedondon bersama jejaka berkenaan yang dikenali sebagai Wan Emir mengenakan busana berwarna krim.

“Waaa ensem abang Wan walaupun tengok tepi je,bergaya elegent haa githew.

Cepat la kome oii, boleh Cik Miwa kita tukar status daripada Cik kepada Puan.

Actually min pun taktau what people call him at public, so yaa there it is,” tulis pemilik Instagram mf_ibnu.

Difahamkan jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir merupakan seorang Arkitek dan juga anak kepada seorang Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Mira sebelum ini mendedahkan sedang mengenali hati budi seseorang dan menegaskan calon pilihannya bukan daripada industri hiburan tanah air.

Adalah itu yang dimaksudkan sebagai si dia?

Foto : Instagram mf_ibnu

IKLAN