Nama Brooklyn Beckham amat dikenali dalam industri hiburan di Hollywood. Mempunyai rupa yang tampan, anak selebriti popular serta bakat dalam bidang modeling dan fotografi membuatkan dia mudah dikenali ramai.

Selain itu, Brooklyn turut menjadi perhatian paparazi di Hollywood apabila berpacaran secara ‘on and off’ dengan aktres, Chloe Grace Moretz beberapa tahun ini.

Pasangan tersebut sebelum ini pernah putus beberapa bulan sebelum menyambung kembali hubungan mereka hujung tahun lalu.

Foto Brooklyn Beckham Bermesra Dengan Model Playboy Tersebar, Ini Respon Chloe Grace Moretz

IKLAN

Bagaimanapun, semalam foto ‘mesra’ Brooklyn dengan model Playboy, Lexi Wood tersebar membuatkan netizen berspekulasi sama ada hubungan selebriti tersebut sudah putus.

Namun, Chloe mempunyai cara tersendiri dalam memberikan respon terhadap isu tersebut apabila dia memuat nak satu Insta Story di laman Instagram miliknya malam tadi.

Foto Brooklyn Beckham Bermesra Dengan Model Playboy Tersebar, Ini Respon Chloe Grace Moretz

IKLAN

Chloe memuat naik satu foto ‘screenshot’ menunjukkan lagu ‘Be Careful’ yang dinyanyikan oleh Cardi B. Untuk pengetahuan korang, lagu tersebut adalah mengenai seseorang yang curang dan penyanyi tersebut ‘menasihati’ pasangannya supaya jaga hatinya baik-baik.

Dalam perkongsian tersebut juga, Chloe memanggil penyanyi itu sebagai The Queen, membuatkan orang ramai tertanya-tanya status hubungan pelakon filem ‘If I Stay’ tersebut dengan Brooklyn.

IKLAN

Foto Brooklyn Beckham Bermesra Dengan Model Playboy Tersebar, Ini Respon Chloe Grace Moretz

Sementara itu, kali terakhir pasangan tersebut memuat naik foto bersama adalah pada sebulan yang lalu serta Brookyln dan Lexi masih tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.

sumber: Cosmopolitan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI