[FOTO] Angkat Tema Hero, Ashraf Muslim Rai Hari Jadi Anak. Kedua Isteri Turut Sama Rai

Share

Pelakon Ashraf Muslim telah meraikan ulang tahun kelahiran anaknya, Adam Ashraf semalam.

Lebih meriah, majlis itu turut dihadiri kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana dan Wan Sakinah.

Bertemakan filem popular Captain Amerika, majlis tersebut diadakan secara sederhana tetapi meriah.

Menggunakan hashtag #adamturns4, ‘birthday boy’ itu dilahirkan pada 14 September 2015 di Hospital Kuala Lumpur seberat 3.01kg jam 1 pagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata turut menitip ucapan buat ‘birthday boy’ itu dan memuji hubungan kekeluargaan yang bahagia.

Imbas kembali, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas Ashraf.

Dua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

Kami di MH ingin mengucapkan selamat ulang tahun hari jadi kepada Adam. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya!

Foto : Instagram Ashraf Muslim

IKLAN