“First Time Masak Untuk Raya, Takut Terlebih Pedas,”- Raja Ilya Bangga Siapkan Rendang Dan Aneka Juadah Aidilfitri!

Share

“Serius nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang garam”. Begitulah keterujaan pelakon Raja Ilya tatkala menyediakan juadah raya sempena Aidilfitri.

Lebih menarik, Ilya dan suaminya, Trent Garret meraikan hari mulia itu di Perth, Australia.

“First time masak untuk raya, haha serious nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang garam.

“Tapi berjaya juga siapkan rendang, lemang, biskut raya dan siap buat cendol lagi,” tulisnya.

Menerusi foto yang dikongsikan bintang filem KL Vampires itu, dia berjaya menyediakan pelbagai juadah seperti rendang, lemang dan biskut raya.

Terdahulu, Ilya dan Trent Garret telah mendirikan rumahtangga pada Disember 2018 dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Foto: Instagram Raja Ilya

IKLAN