“Serius nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang garam”. Begitulah keterujaan pelakon Raja Ilya tatkala menyediakan juadah raya sempena Aidilfitri.
Lebih menarik, Ilya dan suaminya, Trent Garret meraikan hari mulia itu di Perth, Australia.
“First time masak untuk raya, haha serious nervous time masak takut terlebih pedas atau terkurang garam.
“Tapi berjaya juga siapkan rendang, lemang, biskut raya dan siap buat cendol lagi,” tulisnya.
Pereka terkenal, Rizman Nordin berkongsi berita gembira apabila mengumumkan dia dan isteri, bakal timang anak perempuan tidak lama lagi.
Dia turut mendoakan agar bakal ‘puteri’ yang lahir tidak lama lagi dilahirkan dengan sempurna dan dapat membawa kebaikan buatnya dan pasangan, Nurida Suraya.
“Alhamdulillah, it’s a GIRL!!!! Sempena Ramadan yang mulia ni, sy nak kongsikan berita gembira ini kepada semua.
“Sekalung penghargaan dan Terima kasih pada anda yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan my syg Suraya.
“Kami berharap anda terus mendoakan juga agar pinchesss kami dilahirkan cukup sifat, indah seindah makhluk ciptaanNya dan semoga dengan kehadirannya, dapat membawa kami, ibu dan ayahnya ke syurga Allah yang firdausi. Amin amin ya rabbalalamin,” kongsinya.
Terdahulu menerusi Harian Metro, bintang ini ada menjelaskan perkembangan kandungannya yang kini sudah pun mencecah lebih empat bulan.
“Saya ambil sedikit masa untuk berkongsi berita kehamilan ini tapi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai. Saya dan suami bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Insya-Allah saya dijangka melahirkan anak sulung pada awal September depan,” katanya seperti yang dipetik.
Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar pada masa sama turut menjelaskan, dia ada berdepan dengan alahan di peringkat awal kehamilan.
“Saya mengalami muntah teruk dan badan rasa sangat lemah berbanding keadaan diri saya sebelum ini yang sangat aktif. Namun kebetulan Februari lalu saya ambil cuti sebab ikut perancangan nak ke Australia berjumpa suami tapi keadaan cuaca di sana tidak mengizinkan dan saya pun baru tahu hamil.
Jadi saya tangguhkan perjalanan ke Australia dan ambil keputusan untuk berehat di rumah,” katanya.
Dayah turut meminta doa ramai agar mendoakan kehamilan pertamanya berjalan dengan lancar dan diberi kekuatan sehingga proses kelahiran nanti.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen entri terdahulu di Instagram, rata-ratanya memuji penampilannya selain turut memberi reaksi terhadap susuk fizikalnya ketika ni.
Sebagai info, Dayah berkahwin dengan pegawai tentera, Kapten Muhammad Hanif Hamidi pada 29 Jun 2018 di Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Dayah Bakar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.