“First Time Masak Nasi Lemak Untuk Suami,”- Demi Suami, Fasha Sandha Sanggup Masak Tengah Malam

Share

Setelah kembali bergelar seorang isteri, pelakon Fasha Sandha semakin gemar berkongsi rakaman video masakan di akaun Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan ada berkongsi satu rakaman video ketika dia memasak Nasi Lemak buat suami dan adiknya pada waktu malam.

“First time masak nasi lemak untuk suami dan adikku yang lapaq nasik waktu malam
Masak ja apa ada dalam peti ais, pakai santan kotak ja.

“Tak lengkap, timun takdak Thanks kakak sulungku bagi resepi nasi lemak. .#taksempurnabyfashasandha @itsaidilaziz @ikmaldaniels,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat kepada bintang filem Anak Halal itu telah memuji Fasha yang kini semakin rajin memasak dan bersikap penyayang terhadap suaminya.

Untuk rekod, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz pada 30 Mac yang lalu di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Jalan Kangar, Padang Besar, Kangar, Perlis.

Video : Instagram Fasha Sandha

IKLAN