Kurang dua minggu sahaja lagi, pentas bola sepak paling berprestij Final Piala Malaysia, bakal menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT FC) menentang Sri Pahang FC.
Skuad Harimau Selatan mara ke final buat kali kelimaberturut-turut, manakala skuad Tok Gajah kembali ke pentas final buat pertama kali sejak 2014.
Perlawanan akhir yang bakalberlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April depan, menjadi ulangan final edisi 2014, di mana ketika itu Pahang mengecewakan JDT menerusisepakanpenalti 5-3 selepasterikat 2-2 dalam masa tambahan.
PersembahanEpik Sebelum Sepak Mula & Half Time Show!
Lebih istimewa, kejohanan edisi ke-98ini dijangka lebih hangat apabila dua penyanyi legenda tanah air, Dato’ M. Nasir dan Ella, bakal membuat persembahanepikketika acara pembukaandan wakturehatseparuh masa.
Malah, penonton di stadium dan di rumahjuga bakaldihiburkan dengan persembahanmenarik daripada artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Dinda Dianasebelum sepak mula berlangsung.
Ads
Reputasicemerlang dua figuramuzik negara ini tidak perlu dipertikaikan lagi, bersama deretanlaguikonik malar segar yang pasti menaikkansemangat, seperti MenteraSemerah Padi, Hati Emas, Standing In The Eyes Of The World dan Permata Biru!
Bakal menjanjikanpersembahanluarbiasa, ia juga dilihatmampumenyatukanribuan penonton yang hadir, tanpamengira sokongan pasukan.
Dengan aksi lincahpemain seperti Arif Aiman, Bergson Da Silva dan Azam Azih, disusuli pula persembahan istimewa daripada dua ikon muzik negara, sudah tentuia menjadi momen paling bermakna di hati rakyat Malaysia.
Ads
Muzik & Bola Sepak ‘Bersatu’
Tidak dinafikan, muzik antara elemen universal yang mampu menyatukan pelbagai lapisanmasyarakattanpamengirakaum, agama mahupunlatarbelakang.
Kekuatanmuzikbukan sahaja terletak pada melodi dan liriknya, tetapi pada kuasaemosi yang mampumencetuskan rasa kebersamaan, misalnyamenerusilagu-laguberjiwapatriotik.
Sorakan penonton di stadium bersama iringanmuzik pasti memberiimpak besar dan iabukansekadar hiburan, malah menjadi simbolsemangatkesukanan dan solidaritisesama penyokong.
Ads
Jom sama-samarasaikehangatansegenapruang di SNBJ untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia bersama ‘show’ epik 2025!
Bagi yang tidak berkesempatan untukhadir ke stadium, jangan risau. Anda juga boleh menikmatikemeriahanFinal Piala Malaysiamenerusi saluran Astro Arena (801) dan Astro Arena Bola (802,803)atau strim secara langsung melalui aplikasi sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Kredit Foto: Instagram Dato’ M. Nasir & Ella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.
Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.
“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.
“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.
“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.
“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.
Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.
Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
“Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
“Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
“Dia macam sebak tapi lega. Sangat berdebar duduk atas pelamin tadi sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Alhamdulillah, semuanya dah selamat,” katanya, lapor Harian Metro.
Erissa Puteri yang juga bintang Ceria Popstar turut mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis ini, Erissa Puteri menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Sebagai lambang kasih sayang, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan rantai emas dan berlian kepada Erissa Puteri.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan dan resepsi akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila sudah selamat menerima menantu baharu, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail ke dalam keluarga mereka.
Meluahkan titipan kata menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiza merakamkan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.
Malah dia turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu terus dilimpahi keberkatan dan rahmat.
“Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa. Allahumma Baarik di atas nikmat yang telah Allah beri pada kami sekeluarga.
“Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.
“Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah. Aamiin Allahumma aamiin,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Hafiza juga ada menitipkan nasihat dan pesanan penuh kasih buat Aisyah, yang kini memulakan perjalanan baharu sebagai seorang isteri.
“Buat anakanda kami Aisyah, walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa. Aamiin Allahumma amin,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Aisyah sah bergelar isteri kepada Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, yang juga abang kepada pendakwah selebriti PU Riz, Jumaat lalu.
Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana penuh sederhana dan harmoni di Singapura.
Majlis resepsi pasangan itu turut diadakan malam ini secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...