“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya.”

Demikian kata penerbit filem seram komedi, Datuk M Razlan Ismail yang menjelaskan karya berkenaan bakal menampilkan lakonan terakhir pelawak popular itu yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di samping barisan pelakon yang lain.

Tan-Ti-Ana yang bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Februari depan dan mengisahkan mengenai perjalanan karyawan yang bikin filem.

Razlan Ismail berkata, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan teruja untuk menantikan peluang membintangi filem tersebut meski tidak menggalas peranan sebagai pelakon utama.

“Naskhah ini pun sebenarnya adalah dedikasi untuk arwah Abam, kepada yang merindui lakonannya. Walau pun babak arwah tidaklah banyak, tapi momen itu yang akan kita ingati.

“Menariknya ketika awal-awal saya bercadang untuk terbitkan filem ini, kata Allahyarham dia tahu tak kan jadi pelakon utama, tapi dia tetap nak terlibat sama. Saya kata okay dan mahu dia jadi diri sendiri.

IKLAN

“Dalam filem ini dia memegang peranan sebagai Belon. Sebak kalau nak bercerita sebab hubungan kami agak rapat. Malah dia juga pernah suarakan hasrat untuk buat rancangan berkaitan dengan hobi memancing” katanya.

Razlan menambah, Tan-Ti-Ana sebenarnya sudah menjalani penggambaran pada 2018, namun baru berpeluang untuk ditayangkan di pawagam tahun ini.

Filem Terakhir… Penerbit Teringat Kata Arwah Abam – “Dia Tahu Takkan Jadi Pelakon Utama, Tapi Tetap Nak Terlibat Sama.” Filem Terakhir… Penerbit Teringat Kata Arwah Abam – “Dia Tahu Takkan Jadi Pelakon Utama, Tapi Tetap Nak Terlibat Sama.” Filem Terakhir… Penerbit Teringat Kata Arwah Abam – “Dia Tahu Takkan Jadi Pelakon Utama, Tapi Tetap Nak Terlibat Sama.” Filem Terakhir… Penerbit Teringat Kata Arwah Abam – “Dia Tahu Takkan Jadi Pelakon Utama, Tapi Tetap Nak Terlibat Sama.”

IKLAN

“Pandemik Covid-19 adalah satu tamparan hebat buat industri perfileman tanah air. Selepas membuat sedikit penyelidikan mengenai pasaran dan potensi untuk filem tempatan ditayangkan di pawagam, saya yakin tahun ini adalah waktu yang tepat.

“Lagipun saya mengambil kira juga nasihat dan pandangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang meminta filem ini ditayangkan pada tahun ini melalui skim wajib tayang.

“Walaupun filem ini sudah hampir lima tahun menjalani penggambaran, tapi kami mempunyai masa lama untuk menambah baik jalan ceritanya bagi menarik penonton ke pawagam,” katanya.

IKLAN

Razlan pada masa sama percaya filem seram komedi mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri.

Selain Abam, filem terbitan Dream At Work Sdn Bhd itu juga menampilkan pelakon popular lain seperti Joey Daud, Datuk Rahim Razali, Tauke Jambu, Atikah Suhaime, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Kazar dan ramai lagi.

Dream At Work Sdn Bhd juga turut menerbitkan sebuah filem lain berjudul Lantara Dosa selain sebuah telemovie untuk tayangan Astro berjudul 5 Hari lakonan Wan Maimunah dan Bell Ngasri yang bakal memulakan penggambaran hujung bulan ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI