Pelakon Remy Ishak menyifatkan filem RISE Ini Kalilah bukanlah sebuah propaganda politik kerajaan baru sebaliknya ia lebih menjerumus kepada keluhan dan suara hati rakyat yang sebelum ini tidak diendahkan.

Katanya, filem ini merupakan penyatuan hati rakyat Malaysia yang diinspirasikan daripada kisah benar yang mengangkat perjuang rakyat marhain ke layar perak.

“Saya tidak melihat filem ini cenderung ke arah politik sebenarnya dan kalau kita saksikan filem ini ia berkisarkan tentang masyarakat yang sudah putus asa dengan sistem terdahulu.

 

“Filem ini tidak tertumpu kepada sesebuah kerajaan tetapi lebih kepada pemahaman dan pemikiran rakyat dalam sesebuah negara,” katanya ketika ditemui di tayangan pedana filem RISE Ini Kalilah di One Utama pada Isnin.

Tambah Remy, dia akui terpaksa berfikir panjang sebelum bersetuju untuk melakonkan watak di dalam filem ini.

IKLAN

“Sebagai seorang pelakon, saya harus bersifat nutral dan saya tidak mahu masyarakat terbahagi kepada dua untuk memilih sama ada mahu menonton atau tidak filem ini.

 

“Sebelum saya terima saya ada bertanya kepada pengarah kemanakah arah tuju filem ini? Adakah kita sedang menyokong kerajaan sedia ada sekarang atau kita sedang menunding jari kepada kerajaan dahulu?

 

“Saya tidak mahu disebabkan isu ini peminat saya atau rakyat Malaysia terguris hati,” katanya

Remy turut memberi tahu, filem ini memberi peluang kepadanya untuk menceritakan gambaran sebenar masyarakat Malaysia yang sebelum ini tidak pernah diceritakan.

Semoga filem ini dapat membangkitkan semangat patriotik yang ada disetiap jiwa dan sanubari rakyat Malaysia.

IKLAN

Ikuti sedutan sekitar program yang diambil menerusi FB Live MH.

IKLAN

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 3 September 2018

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI