Semalam, MH berkesempatan untuk menonton filem autobiorgrafi berkisarkan Datuk Lee Chong Wei bertajuk ‘Lee Chong Wei’.
Filem tersebut berkisarkan mengenai kehidupan pemain badminton tersebut dari zaman kanak-kanak hinggalah saat kejayaannya kini.
Uniknya mengenai filem ini adalah ia menampilkan dua bintang baru yang membawakan watak ‘Lee Chong Wei’ iaitu Jake Eng (Chong Wei kecil) dan Tosh Chan (Chong Wei remaja) serta penampilan istimewa Chong Wei sendiri serta Rosyam Nor sebagai Misbun Sidek.
Apa yang boleh MH katakan saat menonton filem ini adalah ia sememangnya memberikan nostalgia pada MH di mana ia membawa penonton untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak masing-masing.
Penonton akan dibawa kembali kepada zaman dunia tanpa internet, tanpa televisyen, telefon bimbit yang menggunakan khidmat pesanan ringkas dan sebagainya. Memang mengimbau nostalgia.
Oleh itu, di sini MH senaraikan 5 sebab kenapa korang kena tonton filem ini.
1. Tiada Impian Yang Tidak Boleh Dicapai
Semua orang ada impian kan? Begitu juga dengan Chong Wei yang minat sukan badminton. Dia ingin menjadi ‘World Number One’.
Bagaimanapun, tiada jalan mudah untuk capai impian. Begitu lah yang dirasai Chong Wei apabila berhadapan dengan kegagalan hingga dia pernah rasa putus asa. Mujur dengan bantuan orang sekeliling (keluarga dan kawan-kawan) dia berjaya harunginya.
Kalau tak, tiadalah nama ‘Lee Chong Wei’ sekarang kan?
2. Usaha Tangga Kejayaan
Melihatkan keazaman Chong Wei yang tidak putus asa berlatih demi mencapai impiannya membuatkan MH ‘inspired’.
Rasanya umum mengetahu bahawa ‘musuh no 1’ Chong Wei adalah pemain Ling Dan dari China. Melihatkan kekalahan demi kekalahan yang terpaksa dihadapi oleh Chong Wei membuatkan MH rasa sebak.
Ada juga satu babak Chong Wei dan Misbun di Gimnasium yang membuatkan MH mengalirkan air mata, pada MH, tentu babak tersebut memberikan impak pada Chong Wei untuk terus berusaha demi kejayaan.
3. ‘Very inspiring’
Yes, secara peribadi, memang filem ini memang memberikan inspirasi pada MH, kerana kita dapat lihat bagaimana seorang anak muda, dari Bukit Mertajam berjaya menjadi ‘World Number 1’ dalam sukan badminton.
Kejayaan yang dicapai oleh Lee Chong Wei hari ini bukanlah mudah dan ia penuh berliku, tentunya filem ini wajar ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.
4. Make Malaysia proud
Dalam filem ini turut disertakan ‘game-game’ yang dihadapi oleh Chong Wei seperti Piala Thomas, Malaysia Open dan sebagainya.
Walaupun kita sudah tahu apa keputusan perlawanan tersebut, tapi sebagai penonton, rasa suspen itu tetap ada. Perasaan seolah-olah menonton ‘game’ yang sebenar-benarnya pula.
5. Rasa Macam Nak Main Badminton
Melihatkan Chong Wei berlatih tentunya akan membuatkan para penonton turut sama ingin mengangkat raket badminton dan shuttlecock untuk berlatih sama.
Tentu kalau ada anak muda yang menonton filem ini akan ingin mencuba sukan badminton ini apatah lagi di dalam filem ini turut terselit beberapa tips untuk menjadi pemain badminton yang bagus.
Lagipun sukan badminton sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, harga raket dan shuttlecock pun sudah murah berbanding dahulu. Jadi apa tunggu lagi?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI