Filem June & Kopi, Lakonan Acha Septriasa Jadi Perhatian Penonton

Share

Pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa telah mendapat perhatian daripada peminat selepas membintangi sebuah filem berjudul June & Kopi.

Filem yang disiarkan menerusi platform penstriman video Netflix ini merupakan sebuah filem yang berkisahkan tentang kasih sayang manusia sesama haiwan peliharaan.

Menceritakan perjalanan seekor anjing jalanan bernama June yang telah diselamatkan oleh sepasang suami isteri namun telah berlakunya satu insiden buruk.

Lakonan Acha yang mendukung Aya dalam filem ini telah menerima pujian bukan sahaja daripada penonton Indonesia malah di Malaysia juga.

Bukan itu sahaja, penonton turut berpendapat filem ini penuh dengan mesej yang bermanfaat untuk memupuk rasa sayang terhadap haiwan.

Bintang dari negara seberang ini mulai dikenali di Malaysia selepas membuat kemunculan pertama dalam filem Heart bersama dengan pelakon Irwansyah pada tahun 2006.

Foto: Instagram Acha Septriasa

IKLAN