Lebih dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dijalankan, seramai 16 telah pun diumumkan secara rasmi sebagai peserta program Pencarian Dewi Remaja edisi terbaharu.
Kesemua finalis telah diperkenalkan kepada umum ketika sidang media yang berlangsung Z Botanica by Nicsmann, One Utama, baru-baru ini.
Pencarian Dewi Remaja 2022 memperkenalkan hos, Fikry Ibrahim dan Rozita Che Wan yang berada di posisi juri tetap.
Pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap tunggal dilihat mampu menyuntik satu elemen kelainan untuk musim kali ini.
Rozita yang mesra disapa Che Ta sebelum ini merupakan salah seorang finalis pada edisi Pencarian Dewi Remaja 1994/1995.
Selaku juri tetap, Che Ta tidak keseorangan dan bakal ditemani bersama seorang juri jemputan pada setiap minggu.
Ini senarai peserta yang telah berjaya dipilih sebagai finalis Pencarian Dewi Remaja 2022.
AUNI
Nama penuh: Siti Auni Safiya Binti Yusri
Umur: 22 tahun
Asal: Selangor
Pendidikan: Sarjana Muda Penyiaran, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
FIFI
Nama penuh: Fifi Filan Tisya Binti Mohd Zain
Umur: 20 tahun
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KEERAN
Nama penuh: Keeranjit Kaur A/P Darjit Singh
Umur:25 tahun
Asal: Pahang
Pendidikan: Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
REEZYLN
Ads
Nama penuh: Nurshafeera Reezlyn Binti Shamsul Azhar
Umur: 18 tahun
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysa (SPM)
DINA
Nama penuh: Dina Allysha Binti Aminuddin
Umur: 21 tahun
Asal: Selangor
Pendidikan: Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM Rembau
MELISSA
Nama penuh: Melissa Quek Ai Ying
Umur: 20 tahun
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: SAT Level, Penang Ace Homeschool
HYELEY
Nama penuh: Nur Hailee Izzati Binti Mohd Azimzim
Umur: 23 tahun
Asal: Perak
Pendidikan: Sarjana Muda Psikologi, University of Cyberjaya
MALLE
Ads
Nama penuh: Malle Christian Anderson Barius
Umur: 24 tahun
Asal: Sabah
Pendidikan: Diploma Pembinaan Bangunan, Kolej Vokasional Kudat
BEE AISHAH
Nama penuh: Siti Nur Aishah Bee Binti Md Nor
Umur: 22 tahun
Asal: Johor
Pendidikan: Diploma Perfileman, UiTM Puncak Perdana
ZAFIRA
Nama penuh: Zafira Natasya Yong
Umur: 21 tahun
Asal: Johor
Pendidikan: Sarjana Muda Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam
EIMAN
Nama penuh: Wan Nurul Eiman Binti Wan Zulkifli
Umur: 24 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan TESL, Universiti Malaya
KIMBERLY
Ads
Nama penuh: Kimberly Chuah Ching Li
Umur: 22 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
ALYSSA
Nama penuh: Noor Alyssa Binti Ahmad Azim
Umur: 20 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sarjana Muda Kerjuteraan Kewangan, Multimedia University
TRACIE
Nama penuh: Tracie Sinidol
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
RASYIQAH
Nama penuh: Nur Rasyiqah Binti Johan
Umur: 20 tahun
Asal: Pulau Pinang
Pendidikan: Asasi Pengurusan, UNITAR International University
JANANI
Nama penuh: Janani A/P Baskaran
Umur: 24 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Trent University, Kanada
Sebelum ini, sesi uji bakat yang telah diadakan sepanjang bulan Mac lalu iaitu di Johor, Sabah, Pula Pinang dan Selangor.
Penganjuran uji bakat Dewi Remaja 2022 di lokasi berbeza
itu telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 500 peserta tempatan mahupun antarabangsa dari segenap Malaysia.
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tindakan saman yang dibuat pelakon Puteri Sarah terhadap individu ketiga yang didakwa mengganggunya berhubung isu rumah tangga mendapat reaksi pelbagai netizen.
Tidak terkecuali, rakan artis turut meninggalkan komen susulan isu berkenaan.
Hos dan usahawan popular, Neelofa Mohd Noor misalnya, turut memberikan kata-kata semangat kepada rakan artisnya itu dalam menempuh ujian.
“Kita banyak berborak tentang perkara ini. Sampai satu tahap, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa lagi sebab terlalu teruk pihak ketiga buli awak.
“Ketika itu orang ramai masih belum tahu lagi. Saya sendiri tak sanggup nak hadam, apa lagi awak yang kena laluinya.
“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang membuatkan saya amat terkesan, dengan segala apa yang terjadi, awak sangatlah mahu menjaga rumah tangga, jaga aib suami awak. Awak banyak mengalah.
“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagian yang berterusan. Amin,” tulis Neelofa.
Neelofa menitipkan kata-kata itu menerusi ruangan komen dalam entri video penjelasan yang dimuat naik Puteri Sarah di laman Instagramnya.
Ibu kepada dua cahaya mata kemudiannya membalas komen itu dengan berterima kasih kepada Neelofa kerana selama ini menjadi tempat dia meluahkan perasaan.
“Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… terima kasih kerana ajarkan saya segala doa-doa,” balas Sarah.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan dua saman terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya. Menurut Sarah, perkara itu telah berlarutan sejak empat tahun lalu.
Sarah berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Vanidah Imran mengucapkan terima kasih buat semua pihak yang mendoakan kebahagiaannya bersama suami, Arifabillah Idris.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga di dalam sebuah majlis yang dilangsungkan secara tertutup pada 7 Julai lalu di sebuah premis di ibu kota.
Sambil memberikan penghargaan, bintang berusia 49 tahun itu turut memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati jika tidak diundang pada majlis raja sehari mereka
“Assalamualaikum. Vee ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah, ingatan dan kiriman doa dari semua, sama ada secara peribadi mahupun di media sosial.
“Moga Allah SWT kabulkan doa-doa tersebut dan dikembalikan juga kepada anda semua. Kami merasa syukur dan sangat terharu dengan ucapan dan komen positif dari semua.
“Majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana mengambil kira faktor kesihatan kedua ibu bapa kami. Mohon maaf jika ada saudara-mara atau kawan-kawan yang terasa hati.
“Terima kasih sekali lagi atas segala kasih dan doa serta sokongan yang diberi selama ini. Vee sangat menghargainya. Jazakumullahu Khairan Katsira,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Perkongsian tersebut dikongsikan Vanidah yang mesra disapa Vee menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.
Enggan menoleh ke belakang lagi, pasangan suami isteri, Bella Astillah dan Aliff Aziz mahu menikmati dan menghargai detik indah bersama.
Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan ini sentiasa menjadi sorotan pihak media beberapa tahun lalu.
Episod kelam dilalui menjadi pengalaman paling berharga dan pelajaran terbesar dalam diri mereka.
Percaya dengan setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya, Bella dan Aliff kian merasai setiap kurniaan Allah SWT kepada mereka.
Berikrar untuk terus bersama, telus mencintai dan menghargai pasangan, Bella dan Aliff terjemahkan dalam single Tetap Di Sini.
Lagu ciptaan Mingaling, Amir Hasan, Ezra Kairo dan Roysten serta lirik oleh Amir Hasan, Ezra Kairo, Roysten, Bella Astillah dan juga Aliff Aziz itu buat pertama kali menampilkan Bella bekerjasama dengan suami tercinta.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, lagu Tetap Di Sini cukup dekat dengan apa yang dirasai dan dilalui kini.
“Ketika proses penulisan lagu, alhamdulillah saya dan Aliff diberi kesempatan untuk menulis lirik juga dalam lagu ini.
“Perasan tentu saja gembira, sebab lagu ini dekat dengan apa yang saya rasa sekarang.
“Lagu ini lebih kepada ‘move on’, jangan fikir apa yang sudah pernah terjadi tapi lebih menghargai dengan apa yang ada sekarang,” katanya.
Menurut Bella, sewaktu proses rakaman lagu Tetap Di Sini dia ditemani Aliff.
“Proses rakaman sangat mudah, Alhamdulillah. Sebab Aliff menemani dari awal sehingga tamat rakaman. Dan sebab lagu ini sangat ‘catchy’ jadi mudah untuk saya sampaikan dan lebih ‘fun’,” kata Bella.
Lagu Tetap Di Sini terbitan Universal Music Malaysia boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala lirik video boleh ditonton di laman YouTube Universal Music Malaysia bermula dari 6 Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...