Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai viral sebuah video pengantin membuat miming lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali di atas pelamin.

Nak dijadikan cerita , pemilik pelamin yang merupakan pengantin sebenar memuatnaik status meluahkan rasa marah terhadap gadis yang membuat miming dalam video tersebut seolah-olah mendakwa pelaminnya diceroboh tanpa meminta kebenaran.

‘Fikir Secara Logik, Saya Tukar Baju Di Rumah Pengantin’ – Gadis Viral Miming Atas Pelamin Beri Penjelasan

MH berjaya mendapatkan gadis di dalam video tersebut yang merupakan seorang Instafamous dengan nama di Instagram, Itsrosenicotine tetapi lebih mesra disapa dengan nama Rose.

Rose berkata tujuan video miming tersebut dilakukan hanya untuk meraikan kerjanya bersama rakan untuk satu penggambaran bertujuan promosi untuk pelamin, catering, makan beradab dan khemah sudah selesai.

IKLAN

Rupa-rupanya, Rose dan pengantin lelaki di dalam video tersebut hanya berlakon menjadi pasangan pengantin untuk penggambaran bertujuan promosi sahaja.

“Tujuan video miming itu adalah untuk meraikan selesainya sesi shooting bersama rakan sekerja di lokasi itu. Ini kerana untuk meraikan kegembiraan setelah menjalankan tugas dan membawa watak sebagai pengantin telah dihabiskan dengan baik.

“Tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa dan saya bersama rakan sekerja tidak berkomunikasi langsung bersama pengantin. Ini kerana perantaraan kami dan pengantin adalah dari pihak catering ‘wedding planner’.

 

“Kami hanya menjalankan tugas di tempat yang disediakan dan menjalankan sesi penggambaran bagi mempromosikan pelamin, catering, makan beradab, kanopi dan khemah,” katanya.

Malah Rose berkata sehari sebelum mereka pergi ke lokasi penggambaran, pihak katering telah berurusan terlabih dahulu dengan pihak pengantin untuk mereka menjalankan tugas pada hari kenduri.

IKLAN

Menurut Rose, video yang sebenar untuk dia kongsikan masih belum siap dan disebabkan itu sebagai permulaan dia hanya berkongsi video miming di atas pelamin itu terlebih dahulu.

IKLAN

Gadis yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Instagram ini berkata, mereka terkejut pada mulanya ketika diberitahu untuk melakukan penggambaran pada hari kenduri pasangan pengantin tersebut.

“Pada mulanya kami juga agak terkejut diberitahu untuk melakukan sesi penggambaran pada hari kejadian, iaitu kenduri. Tapi bila owner catering beritahu dia sudah minta izin dari pihak pengantin, dan memberi idea untuk kami melakonkan watak seperti pengantin berjalan seperti yang diinginkan. Segala idea dan kegunaan yang diberi adalah dibawah owner catering sendiri. Kami hanya datang dan menjalankan tugas,” jelasnya kepada MH.

Tambah Rose lagi, dia sangat terkejut bila mengetahui pengantin tersebut memuatnaik status meluahkan rasa kurang berpuas hati dengannya.

“Saya agak terkejut. Kerana bila fikir secara logik, bagaimana saya dan rakan sekerja boleh berada ditempat kejadian dalam masa 2 hari bagi menjalankan sesi penggambaran.

 

“Saya dari KL tak tahu apa-apa mengenai ini dan hanya pergi ke Melaka bertujuan untuk menjalankan tugas saya. Lagipun, saya tukar baju di dalam rumah pengantin.

 

“Saya juga diperhatikan dan dilayan dgn baik oleh makcik2 disitu siap dipelawa makan sekali. Saya agak terkejut, tapi tenang kerana saya tahu niat saya untuk menjalankan tugas dan mempromosikan pihak catering,” katanya lagi.

Dalam pada itu Rose juga meminta untuk para netizen di luar sana supaya berfikiran positif dan jangan terus menghentam sebaliknya dapatkan kepastian dari kedua-dua pihak terlebih dahulu.

“Apa yang saya ingin katakan pada netizen, tolong berfikiran positif dan dapatkan kepastian daripada kedua-dua pihak dahulu sebelum menghentam. Kita tak tahu niat seseorang. Saya hanya menjalankan tugas. Segala urusan dan permission, bukan saya yang uruskan. Tapi orang lain,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI