Fesyen Rambut Nabila Huda, Ramai Kata Persis Stail Nicki Minaj!

Share

Beberapa perkongsian foto dari pelakon versatil, Nabila Huda menjadi perhatian peminat.

Ini kerana, anak kepada penyanyi rock Amy Search itu dilihat berdandan dengan mengubah gaya rambutnya kepada fesyen ‘Cornrow’ bagi satu projek.

Lengkap mengenakan ‘sut’ potongan ‘baggy’ dalam rona neon, penampilan bintang Munafik ini nyata up to date dan memukau.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat turut membayangkan stailnya meluahkan persis seperti bintang sensasi, Nicki Minaj.

Sekadar informasi, Abil atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi telah memulakan karier lakonan seawal usia 17 tahun sekitar pada tahun 2001.

Foto: Instagram Nabila Huda

IKLAN