Bersempena sambutan 25 tahun Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan kempen Visit Malaysia Year 2020 dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ASWARA kal ini cuba meneroka pendekatan lebih global skopnya menerusi Festival Tari Antarabangsa 2019 ASWARA (Tari’ 19 ASWARA).
Tari’ 19 ASWARA edisi ke-10 ini akan dilangsungkan bermula 15 sehingga 19 Oktober dengan mengambil tema Renewal-Dance in the 21st Century bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Mengambil tema yang dianggap sinonim dengan situasi masa kini yang mana seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran, tapi pada masa sama masih ada yang cuba serta berjaya meraih cita-cita dan kejayaaan.
Ia dilihat sejajar dengan objektif penganjuran festival terbabit tahun ini.
“Tema tersebut dipilih sebagai simbolik untuk mempamerkan situasi masa kini. Kalau dilihat, masyarakat dunia sekarang berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Akan tetapi dalam masa sama, ramai juga berjaya mengcapi kejayaan, perkembangan dan kemajuan serta berhadapan dengan konflik.
Ads
“Jadi sebagai seniman yang pasti punya azam, apakah peranan kita? Sudah pasti, untuk memberi kesedaran dan berusaha untuk ‘memperbaharui’ kehidupan bagi masa depan lebih bernilai,” jelas Dekan Fakulti Tari ASWARA, Norsafini Jaafar.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan termasuk Rektor ASWARA, Profesor Madya Sahar Sa’di Hashim.
Lebih menarik, Tari’ 19 ASWARA turut disertai rakan pelajar dari 11 institusi pengajian terpilih seluruh Asia!
Ads
“Setiap negara terlibat itu kami memilih universiti terbaik, khasnya dalam bidang tarian. Sementara jenis tarian pula terbuka kepada pihak universiti terlibat sama ada mahu persembahkan tarian kontemporari atau pun tradisional.
“Akan tetapi kebanyakan institusi pengajian yang terbabit turut sama terlibat dalam beberapa sesi iaitu Showcase, Performance dan Malam Gala. Jadi ada juga yang mempersembahkan dua jenis tarian.
“Ia dilihat sejajar dengan untuk menterjemahkan tarian bertemakan Renewal Dance in the 21st Century,” katanya.
Antara yang terlibat ialah Guangxi Arts University dari China, Universitas Surabaya (Indonesia), Sapphire Creation Dance Company (India), Natanda Dance Theatre (Sri Lanka), Nanyang Academy of Fine Arts (Singapura), University of the Philippines (Filipina) dan Taipei National University of the Arts (Taiwan).
Ads
Sementara empat institusi pengajian tinggi lainnya ialah The Hong Kong Academy for Performing Arts (Hong Kong), Chulalongkorn University (Thailand), Cambodian Living Arts (Kemboja) dan Korea National University of the Arts (Korea Selatan).
Tidak hanya memberi fokus terhadap tarian semata-mata, program ini turut diselitkan dengan pelbagai program ilmu lainnya seperti Seminar, Keynoted, Rountable Discussion, Masterclass dan lain-lain lagi.
Malah, ia juga bakal melibatkan pelajar dan alumni ASWARA sendiri selain ramai lagi seperti agensi tarian kerajaan, institut pengajian tinggi lain, syarikat profesional, artis bebas, ahli akademik, koreografer serta pengarah tari.
Kali terakhir Festival Tari ASWARA diadakan adalah pada 2014 dengan mengakangkat ‘building bridges’ sebagai tema.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Luahan di entri terbaru bersama paparan foto tanpa si isteri, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri seolah-olah memberi bayangan rumah tangganya kini mengalami kesulitan.
Kata-kata pertama yang tersiar menyatakan Datin Seri Shahida seakan tidak menghargai penat lelah yang dilakukannya demi keluarga, namun diolah semula menjelaskan ada kalanya lebih baik sendiri namun bahagia.
“Merekalah segalanya…Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia,” tulisnya.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on Oct 15, 2019 at 11:25pm PDT
Datin Shahida bagaimanapun memberi reaksi di ruang komen mempersoal tindakan Aliff mengolah kembali kapsyen yang ditulis.
“Kenapa edit caption? biarlah 1 malaysia baca,” tulis wanita itu.
Netizen turut memberikan reaksi yang rata-rata terkesan dengan pertelingkahan pasangan ini.
Malah kebanyakannya juga tidak bersetuju dengan luahan yang dibuat usahawan kosmetik itu.
Terdahulu, penyanyi Bobo Di Mana ini turut memuat naik entri mempersoal mengapa bahagia terlalu mahal untuk dimiliki.
“Knp bahgia itu terlalu mahal utk di miliki??
“Hidup ini.. mcm kaca. Saat terpecah, boleh di baiki…tpi masih nmpak retaknya.. doakan yg terbaik..
“(souncheck belum real dan auto tune) Lagu ini abang tuliskan iklas daripada isi hati abang..Macam mana korang dapat rasa tak apa yang abang rasa??dan ada tak penambah baikan suara abang kalau korang rasa suara abang sedap daripada yang sebelum ini cuba korang komen di ruangan komen di bawahdan tag kawan korang yg lagi disakiti… comingsoon " by @datuentertainment,” jelasnya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan penyanyi adik beradik, Amira Othman dan Irfan Haris.
Irfan kini sedang bersaing dan menjadi salah seorang peserta untuk pentas akhir program realiti nyanyian Big Stage 2019 yang akan diketahui pemenangnya, malam ini.
Lalu, Amira telah menitipkan kata-kata semangat buat adiknya yang bakal membuat persembahan untuk program realiti nyanyian tersebut.
“To my one and only baby @irfannharis all the best for final malam ni. remember to always trust Allah’s plans.
“Do your best, tawakkal, and leave the rest to Him. InsyaAllah ada rezeki for someone as hardworking as you love you!! #honeyhoney,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat juga mendoakan agar rezeki kemenangan berpihak penyanyi yang terkenal dengan lagu Rehda itu.
Sekadar informasi, Irfan bakal berentap di pentas akhir Big Stage 2019 bersama Neeta, Han Byul, Adzrin dan Dinda Permata yang bakal berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam malam ini.
Foto: Instagram Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama keluarga, Amar Baharin berkongsi kegembiraan apabila urusannya memasuki Raudhah dipermudahkan.
Lebih bertambah bermakna, ia bersamaan dengan hari kelahiran putera, Aqeeq Anaqi yang kedua.
“Alhamdulillah, Anaqi baru sahaja keluar daripada Raudhah. Alhamdulillah dapat berdoa dan bersolat sunat di hadapan mimbar Rasulullah SAW.
"Anaqi akan melawat makam Rasulullah sempena hadiah hari lahir Anaqi pada 15 Oktober 2019 genap umur dua tahun,” tuturnya menerusi video yang dikongsi.
“Rasulullah bersabda:
Antara mimbarku dan rumahku merupakan taman dari taman-taman syurga” (HR. Al Bukhari & Muslim)
“Alhamdulillah mendapat syafaat bila birthday boy @aqeefanaqi bersama-sama jemaah lain dengan mudah memasuki kawasan Raudah. Rezeki @aqeefanaqi syukur alhamdulillah .
“Hadiah terindah for you anakku @aqeefanaqi . Happy Birthday to you.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.