
Drama sensasi Thariq Ridzuwan: His Treasure bukan sekadar mencuri perhatian dengan jalan cerita penuh emosi serta lakonan mantap barisan pelakon, malah turut membawa dimensi baharu untuk peminat.
Diterajui oleh Meerqeen, Qasrina Karim, Evertt Gomes, Noki K-Clique, Afiq Hamidon dan ramai lagi, drama ini telah mencetuskan fenomena besar hingga mencecah lebih 1 bilion tontonan di aplikasi TikTok.
Sebagai tanda penghargaan, Astro memperkenalkan pengalaman unik menerusi Janji 1 Minit di acara Hello Inilah KITA pada 23 Ogos lalu di Pavilion Kuala Lumpur.
Seramai 15 peminat bertuah berpeluang meluangkan masa secara peribadi bersama barisan pelakon utama drama fenomena ini.
Tidak seperti sesi temu mesra biasa, Janji 1 Minit memberi peluang eksklusif untuk peminat berinteraksi one-on-onedengan sembilan pelakon utama termasuk Meerqeen, Qasrina Karim, Evertt Gomes dan Noki K-Clique.
Setiap sesi berlangsung selama 60 saat penuh, cukup untuk bertanya soalan, berkongsi rasa mahupun menikmati detik peribadi bersama watak kegemaran mereka.
Selain itu, acara turut menampilkan sesi penutup istimewa iaitu laungan ikrar dengan kata kunci penuh makna, “JANJI!”.
Ikrar ini bukan sahaja simbolik kepada tema drama yang sarat emosi, tetapi juga lambang hubungan erat antara karya tempatan dengan peminat setia.




Lebih Dari Sekadar Drama
Peminat turut disajikan pengalaman tambahan melalui permainan interaktif di laman janjiuntukradwa.astro.com.my, di mana mereka boleh memainkan watak Holy Dragon untuk menentang Farez demi menyelamatkan Radwa.
Walaupun ringkas, permainan ini berjaya menghidupkan konteks cerita. Malah, jika jumlah permainan mencapai tahap tertentu, peminat bersama-sama akan membuka akses kepada video eksklusif yang belum pernah ditayangkan.
Bukan itu sahaja, peminat juga boleh menulis surat kepada pelakon utama, khususnya Holy Dragon, bagi menyampaikan sokongan serta kata-kata semangat.
Inisiatif ini membuktikan sesebuah drama kini bukan lagi sekadar hiburan, tetapi menjadi wadah interaksi dua hala antara karya dan penonton.
Thariq Ridzuwan: His Treasure yang diadaptasi daripada novel popular terus mengekalkan momentum popularitinya dengan gabungan konflik, cinta dan rahsia.
Pendekatan kreatif seperti Janji 1 Minit serta permainan interaktif bukan sahaja mengukuhkan sambutan peminat, malah mencipta pengalaman menyeluruh yang menghubungkan penonton dengan dunia drama kegemaran mereka.
Kini, drama fenomena ini menghampiri penghujung dengan hanya beberapa episod terakhir yang tinggal.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan episod baharu setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104), serta strim eksklusif menerusi Astro GO dan sooka.


Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




